Resipi Ikan Talapia Masak Taucu


(Resipi Ikan Talapia Masak Taucu)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini dah tiga hari kita berpuasa. Dah fikir-fikir dah apa menu untuk berbuka nanti? Ibu bercadang hendak memasak menu biasa-biasa sahaja hari ini. Orang tak berapa pandai masak macam ni lah. Menu biasa-biasa boleh lah campak-campak dalam kuali. Kalau menu yang tak biasa tu kalau cuba entah menjadi entah tak. Ikan Masak Taucu ini memang selalu ibu masak sebab resipi ini antara resipi kegemaran si hero kecil ibu tu. Kalau makan memang bertambah-tambah nasinya. Mifzal sangat sukakan kuah taucu itu.

resipi masak taucu
Ikan Talapia Masak Taucu

Ibu selalu guna ikan talapia sebab stok ikan talapia di dalam peti ais biasanya tak pernah putus. Al-maklumlah, Abah Mifzal kan kaki pancing. Selalu memancing dapat ikan talapia pelbagai saiz. Alhamdulillah, rezeki lauk sentiasa ada. Untung, jimat belanja..hehe. Selalu yang ibu masak saiz sederhana dan kecil. Kalau dapat talapia yang saiz besar biasa bagi dekat kawan-kawan Abah saja. Sebab ibu tak reti sangat nak masak ikan saiz besar-besar ni. Okay..jom kita usha resipi ikan masak taucu yang sangat simple dan sedap.

Resipi Ikan Talapia Masak Taucu

Baca Lagi