Infolinks Kembali


(Infolinks Kembali)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Last guna iklan Infolinks di blog IbuMifzal.Com, seingat ibu pada tahun 2012. Uih! dah lima tahun sebenarnya merajuk dengan infolinks hehe :p. Sebelum ini memang pernah guna Infolinks untuk menjana duit daripada hobi ber ‘blogging’. Hanya sempat merasa sekali sahaja cashout, lepas tu blog IbuMifzal.Com kena sekat kerana menggunakan code Infolinks di blog berbahasa Melayu. Ketika itu, polisi Infolinks belum meluluskan blog-blog berbahasa Melayu. Banyak kali juga cuba apply semula tetapi status blog tetap ditolak. Selepas itu, ibu biarkan sahaja. Merajuk! Hehe…

approved email from infolinks

Ntah kenapa pula baru-baru ini, teringat pada Infolinks. Jadi ibu cuba resubmit url blog ini. Tapi kali ini tersalah akaun pula. Terhantar ke akaun Infolinks yang tidak aktif dan tidak berbaki $. Akaun infolinks ibu yang aktif dan berbaki $ pula masih memaparkan status denied pada url blog IbuMifzal.Com ini. Ibu biarkan sahaja keran ibu beranggapan “pasti tak approve juga ni”

Baca Lagi



Bayaran Pertama Dari Infolinks

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

pagi td, ibu menerima email daripada Infolinks bertajuk “Infolinks, Inc. sent you $57.35 USD”. Dari mood agak moody terus bertukar menjadi gembira.. moody tu sbb pagi ni ibu terpaksa bertugas di Pasar Tani menggantikan kawan ibu yang bercuti kerana isteri bersalin.. hati terus jadi berbunga2, w/pun nilainya bukan lah banyak tp kalau convert ke  Ringgit Malaysia dah jadi dlm RM170. Sapa nak bagikan..syukur, bertambah lagi rezeki bulan ni..smlm dapat cek Nuffnang, ari ni dapat payment dari Infolink plak. Bulan lepas dpt google adsense n Nuffnang.. 😀

Infolinks ni akan bayar menerusi akaun Paypal. ibu mmg x biasa dengan Paypal ni..ada akaun tp x reti nak guna..sampai skang still x verified lg akaun tu..nsb boleh guna w/pun x verified. Bukan apa, sbnrnya dah  banyak kali  nak verified akaun paypal ni dengan kad debit..tapi x boleh..rasanya sbb dulu masa tukar kad baru hari tu, dah setkan x leh guna online transaction rsnya..x tau la sebab ni ke atau sebab lain..x kisahlah…mujur paypal leh guna tp ada limit la..ala bukan nak transfer fund banyak pun..hehe

actually, 1st payment ni sbnrnya hasil kumpulan earning dr bulan November 2011- Februari 2012..hehe 4 bulan baru lepas USD50..adeh..x pe la..dapat gak cashout akhirnya kan..

ps : tgh tunggu claim TNT lak dibayar..huhu