Beriklan Dengan Komli Pula :)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Akhirnya, permohonan untuk beriklan dengan Komli diterima. Dulu, Komli ni dikenali sebagai Admax. Sekarang dah tukar nama Komli selepas diambil alih oleh Komli Media. Ibu pun baru tahu ni. Sebelum ini dah banyak kali juga mohon untuk beriklan dengan Admax, tapi langsung tiada maklum balas. Bila baca kat blog Ajumohit {dot] Com, baru lah dapat link baru untuk register komli ni.

iklan komli

Lama juga permohonan ibu diproses. Lebih 3 minggu. Selepas berbalas email dan mengisi borang keahlian, akhirnya ibu diberi script iklan pada 7 Disember 2012. Dek semangat, terus pasang script itu di blog, walhal belum ada lagi campaign ads yang diterima. hehe. Baru semalam dapat 1 campaign ad. Tapi tempoh iklan tu pula, tahun depan baru start..hehe. Tak apa lah, harap hari-hari mendatang, makin bertambah iklan yang ditawarkan.

Baca Lagi