TM Tawar UniFi Lite


(TM Tawar UniFi Lite)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berita baik daripada TM. Telekom Malaysia kini menawarkan pakej  UniFi Lite. Pakej berharga serendah RM149/sebulan ini didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi iaitu sehingga 10 Mbps (download) dan 5 Mbps (upload). UniFi Lite ini turut ditawarkan bersama akses kepada HyppTV Everywhere, selain membolehkan pengguna menikmati panggilan suara STD selama 600 minit secara percuma.

pakej baru dari TM

Pakej ini dijangka ditawarkan kepada pelanggan di kawasan yang belum mempunyai liputan UniFi sedia ada iaitu di kawasan liputan streamyx. Pakej paling laju yang diitawarkan menerusi pakej streamyx setakat ini adalah 8 Mbps (download) sahaja dan 0.5 Mbps (upload). Ini akan menjadi pakej internet paling laju yang ditawarkan oleh TM di kawasan yang belum mendapat liputan UniFi Advanced dan Pro.

Baca Lagi