Hadiah Anniversary?


Assalamualaikum WBT & Sejahtera

Oleh kerana mood ibu sekarang ini mood menjahit baju, jadi Abah Mifzal bagitau 2 buah mesin jahit ini adalah hadiah anniversary kami yang keenam. Hehe..Terima kasih Abah Mifzal. Walaupun dapat mesin jahit berjenama Singer ini 3 hari lebih awal dari tarikh anniversary, tetapi tetap aci juga lah dibuat hadiah. Hehe..

IMG_0467-horz

2 helai baju sudah siap. Dapat jer mesin-mesin ini, laju je ibu mula menjahit. Masih menanti 8 helai kain pasang lagi. Senang nak menjahit sebab ada mesin jahit tepi sekali..kalau salah potong kain, boleh alter terus. Malam-malam pun boleh menjahit tanpa halangan. Kalau dulu, nak kena tunggu siang hari baru kedai jahit tepi buka. Mood nak menjahit pun terbantut. Tapi kini tidak lagi..Haha..seronoknya.

Baca Lagi