Keputusan Peperiksaan Semester 4 (Julai 2012/2013)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, Syukur kepada-Mu Ya Allah.

Lega perasan ibu yang tak keruan 2-3 hari kebelakangan. Akhirnya, hari ini, keputusan peperiksaan akhir semester lepas (Semester Julai 2012/2013 UUM PLK) telah pun diketahui. Berdebar hati semasa membuka portal UMIS UUM pagi tadi. Keputusannya tidak terduga. Lebih baik dari apa yang ibu jangkakan. Alhamdulillah, syukur.

semester julai 2012/2013 UUM PLK

Ini kali kedua ibu dapat result PMS @ GPA sebegini. Kali pertama dulu ketika keputusan peperiksaan semester 1. Sekali gus, melayakkan ibu sekali lagi untuk menerima Anugerah Dekan. Syukur, diberi nikmat ini.

Baca Lagi