Redeem Point Bonuslink


(Redeem Point Bonuslink)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kad Bonuslink ibu guna dari tahun 2010 lagi. Tapi point yang dikumpul sedikit sahaja. Dulu sekali sekala je isi minyak di Shell dan membeli-belah di Parkson. Sekarang baru ligat kumpul point. Jadi, bila cukup sahaja point yang dikumpul, ibu terus redeem hadiah secara online. Dapat lah sambar set Lunch Box Tupperware. Suka..suka sangat.

barang tebus dari point bonuslink
Bonuslink Redeem

Pengalaman pertama memamg buat ibu tidak sabar untuk menerima hadiah yang di “redeem“. Tiap-tiap hari semak status penghantaran. Tak lama menunggu, Pekerja SkyNet sampai depan rumah membawa hadiah yang dinanti. Senyum lebar lah ibu. Bertambah koleksi brand tupperware ibu 😀

Baca Lagi