Diskaun / Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA dan Contoh Surat


(Diskaun / Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah (PBU) JPA dan Contoh Surat)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Cerita lama tapi ibu nak kongsikan juga di sini. Seperti yang telah ibu ceritakan di dalam entri-entri sebelum ini, ibu telah menamatkan pengajian ibu di UUM dan telah berkonvo bulan 10 tempoh hari. Ibu belajar di UUM ini pun dengan tajaan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Alhamdulillah, syukur sangat sebab ada pembiayaan untuk pengajian ibu. Kalau tiada pembiayaan ini jenuh jugak ibu hendak mencari dana membayar yuran pengajian yang agak mahal di UUm berbanding dengan universiti awam yang lain.

diskaun bayaran balik pinjaman jpa

Dah habis belajar, ibu disyaratkan untuk melapor diri dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tamat pengajian. Ini bagi tujuan pembayaran balik pinjaman. Ibu telah memaklumkan kepada JPA dan turut memohon diskaun atau pengurangan bayaran balik pinjaman selaras dengan peruntukkan perjanjian pinjaman tersebut.ย Alhamdulillah. permohonan ibu telah diluluskan pada bulan Disember lepas dan telah mendapat diskaun atau pengurangan bayaran sebanyak 75%. Banyak tu…Syukur sangat-sangat. Ya lah berbanding dengan kena bayar 100% kan. Dah zaman kos sara hidup ย yang tinggi sekarang ini memang akan membebankan lah kalau kena bayar semua jumlah pinjaman kan!

Baca Lagi