Banjir Oh Banjir


(Banjir Oh Banjir)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu lepas ibu pulang ke kampung halaman ibu di Pasir Mas. Pulang berdua sahaja dengan Mifzal Arsyad kerana Abah Mifzal ke Mekah, Saudi Arabia untuk menunaikan ibadah Umrah selama 2 minggu bersama ahli keluarga mentua ibu yang lain. Semoga Abah Mifzal dan ahli keluarga yang lain dapat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan kembali ke Malaysia dengan selamat..Aamiinnย 

gambar banjir

Berdua memandu bersama Mifzal buat hati ibu berdebar juga, al-maklumlah jalan raya timur-barat tu tinggi dan berliku-liku. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami selamat dan dipermudahkan. Ibu sebenarnya tak sangka, kepulangan ibu ke kampung kali ini bertembung dengan banjir. Sebab rasanya, dah lama rumah kat kampung tak dinaiki air. Mujur hanya air hujan bukan air sungai. Risau juga kalau air sungai yang melimpah..boleh jadi banjir besar nanti. Nauzubillah, minta dijauhkan.

Baca Lagi