Koleksi Boboiboy


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Koleksi Boboiboy ini belum lengkap. Baru dapat sambar 4 items. Anak punya pasal, kena la beli dan kumpul. Sekarang ini pun dak Boboy masih request patung Boboiboy Kilat & Gopal. Adeh!! leh pokai ibu, hari-hari suruh ibu belikan. Kali ini, ibu janji nak beli lepas dapat gaji nanti. Tak daya dah menurut kemahuan si hero Boboy ini. huhu…

patung mainan boboiboy

Koleksi ini, ibu beli dari Kedai Mesra Petronas. Dari bulan Oktober – Disember 2012, dua watak kartun Boboiboy dikeluarkan secara berpasangan. Boboiboy Angin & Yaya (Oktober), Boboiboy Tanah & Ying (November) serta Boboiboy Kilat & Gopal (Disember 2012). Harga patung animasi Boboiboy ini RM19.90 / satu. Topi Boboiboy pula berharga RM25.90.

Baca Lagi