Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM


(Aplikasi MediQuest Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini, heboh mengenai produk-produk komestik dan penjagaan wajah seperti Tati Skincare, Moleek Skincare dan lain-lain lagi yang mengandungi racun berjadual yang dikatakan produk-produk ini merupakan krim timbang kilo yang sebenarnya dibungkus semula dan dijenamakan untuk pasaran tempatan. Umum sudah mengenai tentang bahaya produk-produk yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan sebagainya. Produk-produk seperti ini sememangnya patut dielakkan dari digunakan kerana ia boleh memberi kesan jangka masa pendek dan panjang yang tidak baik kepada pengguna. Jangan hanya fikir hendak cantik sahaja kan. Pengasas produk-produk kecantikan dan kesihatan juga sepatutnya tidak hanya mengejar untuk dapat keuntungan berjuta sampai mengabaikan aspek keselamatan pengguna.

aplikasi semak produk berdaftar dengan kkm

Telah timbul kesedaran di kalangan orang awam yang sekarang ini lebih berhati-hati dalam membeli produk-produk kecantikan mahupun kesihatan agak tidak membahayakan diri sendiri. Dan, kini lebih mudah untuk kita sebagai pengguna  menyemak produk dan ubat yang telah berdaftar secara online. Aplikasi MediQuest dibangunkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini boleh dimuat-turun secara percuma oleh pengguna telefon pintar iPhone dan juga Android. Aplikasi MediQuest membolehkan kita sebagai pengguna untuk menyemak maklumat seperti berikut :-

Baca Lagi