Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1438 H / 2017 M


(Tarikh Dan Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan & Syawal 1438 H / 2017 M)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar x sedar, tinggal lebih kurang 47 hari lagi umat Islam akan menunaikan kewajipan berpuasa. Sebulan selepas puasa, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu. Tahun lepas ibu menyambut hari raya di kampung halaman di Kelantan. Tahun ini pula, giliran beraya di rumah mertua. Suasana yang meriah akan kita sama-sama rasai lagi, Insya Allah.

mencerap anak bulan ramadhan dan syawal

Ibu ingin kongsikan info berkaitan tarikh dan juga lokasi melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan tarikh pertama kita akan berpuasa dan juga tarikh bagi melihat anak bulan Syawal bagi menentukan tarikh kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2017 ini. Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tarikh melihat atau mencerap anak bulan Ramadhan dan Syawal telah ditetapkan seperti berikut :-

Baca Lagi