Surat & Email “Cinta”

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Kalau baca tajuk tu kan, agak-agak surat & email ‘cinta’ daripada siapa la yang ibu dapat ya? Semestinya bukan dari Abah Mifzal ya, hehe… Ok lah, surat ‘cinta’ yang ibu dapat adalah daripada pak polisi dan email ‘cinta’ pula dapat daripada uncle Nuffnang. Huhu…

Email ‘Cinta’

Okay mula-mula ibu nak cerita mengenai email ‘cinta’ dulu :p

email yang ibu dapat dr pakcik nuffnang
Email Daripada Uncle Nuffnang

Rasanya semua dah tau kan, Nuffnang ini apa? Ia adalah pengiklanan online, yang mana iklannya jika terpampang di blog masing-masing dan jika ada org klik kerana berminat dengan iklan tersebut, maka tuan empunya blog tersebut akan mendapat duit. Bukan apa, sekarang ini ramai yang jenis suka main klik-klik tipu semata-mata nak dapat earning. Ada juga yang buat berkumpulan, ‘u klik i, i klik u’. Tak kurang juga yg suka-suka klik sendiri pula. Tak patutkan, jangan tamak. Sepatutnya percaya saja pada rezeki. Kalau ada rezeki tidak kemana 😀

Sekarang ini uncle Nuffnang beritahu pihak mereka boleh detect yang mana publisher yang suka main klik-klik tipu ini. Huhu, ya la kira dah langgar dia orang punya T&C la kan. Sekarang ini,  pihak Nuffnang hanya bagi warning, Jadi, selepas ini, kalau terjadi lagi, pihak mereka akan terminate akaun publisher yang main klik tipu itu. Huhu, ibu dah dapat dah email warning dr nuffnang ni. Tapi ibu tak buat tau dan email ini adalah secara general tidak ditujukan secara spesifik tetapi menyeluruh. Jadi. selepas ini kena berhati-hati lah ya semua blogger 😀

Apa-apa pun, ibu nak ucapkan terima kasih juga kepada semua yg sudi klik-klik yang sedang menari-nari di blog ibu ini. Tapi, bukan nak suruh kawan-kawan behenti klik. Kalau minat dengan iklan itu, klik saja lah untuk tahu lebih lanjut. TETAPI, kalau tidak minat, buat-buat lah minat, hahaha. Tak adalah. Kalau berminat, sila lah klik dan explore iklan-iklan tersebut. Itu pun kalau rajin lah.  Kalau tak rajin, jangan paksa diri pula, hehehe. Cuma ibu nak share amaran daripada uncle Nuffnang supaya tidak lah lepas ini ada yang bersedih pasal akaun Nuffnang kena suspended or di terminate kan, huhu. Moga-moga tidak lah kan.

Surat ‘Cinta’

Okay, habis cerita email ‘cinta’, ibu nak cerita  pula pasal surat ‘cinta’.

Aduhai, mengeluh juga lah ibu, bila ibu terima lagi surat saman traffic ini. Termasuk yang terbaru ini, sudah 4 surat saman ibu dapat daripada pihak polis traffic. Dua saman dah settled…dah fully bayar dan tidak buat rayuan pun, huhu. Dua lagi belum settle. Dua tu, termasuk yang baru dapat ni lah.

Dua Helai Surat Saman Yang Baru m(_ _)m

Pastu kan, ibu try la check saman dengan SMS. Caranya seperti di bawah :-

SAMAN [jarak]  [No.Kenderaan/No.IC]
hantar ke 32728

Dan, hasilnya ibu menerima SMS ini

semak saman trafik guna SMS
Semak Saman Trafik Guna SMS

Bukan empay saman sahaja tau TAPI sembilan ya, kawan-kawan. huhu. Yang ibu dapat surat cuma 4 saja, so boleh tak consider 4 je? Hahaha. Dua dah settled dan just bayar yang dua lagi sahaja, boleh? Haha…

Aduhai, ibu rasa kan..ibu ni bukannya ‘kaki speeding‘ tau. Tapi, ya lah bila check balik, memang betul lah, ibu terlebih laju sedikit daripada biasa. Mengejar masa, tahu la kan, kerja ibu ini menuntut ibu drive ke sana ke mari. Time ada meeting, outstation, atau kursu, kalau dah lambat memang tak ingat had laju dah la, huhu. Selalunya ibu kena yang had laju 60 kilometer. Kalau sesiapa yang pernah melalui jalan Ipoh – Kuala Lumpur, mesti tahu jalan itu memang banyak speedtrap. So, kena hati-hati lah ya!

Selepas ini kena berhati-hati. Sudah tak sanggup nak perhabis duit ke pak polisi. Baik duit itu ibu guna untuk shopping kan. Hehe… aduhai, sendiri buat, sendiri tanggung lah kan :p

 971 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

  1. Fitri —> huhu.tu la..adeh..x sanggup dah rs..pas ni..bawak keta 40km/h la..huhu

    deqya —> awak pun dpt eh..tu la..takut gak ni..kan tetiba plak..kena terminate akaun..naya je..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*