Assalmualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebelum ini, ibu ada kongsikan sinopsis drama Deejavu Di Kinabalu lakonan Tiz Zaqyah, Aqasha & Nazim Othman. Sedar tak sedar dah sampai ke episod akhir dah drama ini. Episod akhir akan ditayangkan pada hari Khamis, 2 Ogos 2012 iaitu esok. Peminat-peminat drama ini pasti tertunggu-tunggu kan apa kesudahan kisah Nadira, Ammar & Bazli ini. Yang uniknya, penonton diberi peluang untuk menentukan bagaimana kesudahan drama ini. Sama ada Nadira memilih Ammar @ Bazli.

dejavu-di-kinabalu-tv3

Sumber Gambar : Wow Berita

Jom kita baca sinopsis episod akhir drama Deejavu Di Kinabalu arahan Erma Fatima ini

Sedikit sinopsis kat penghujung episod drama Dejavu Di Kinabalu, nanti Nadira akan tahu bahawa jantung yang dimilikinya adalah jantung Innara kekasih Ammar. Dari situ, Nadira akan sedar bahawa dia mencintai Ammar kerana pengaruh jantung Innara di dalam dirinya. Jangan terkejut, Nadira meminta putus daripada Ammar dan berbaik semula kepada Bazli.

Episod terakhirnya nanti, anda akan dapat saksikan Bazli berbaik dengan Ammar dan mahu Ammar berjumpa dengan Nadira. Tetapi Nadira menyuruh Ammar pulang.

Walaubagaimanapun, Bazli mahu Nadira berkahwin dengan Ammar dan menyiapkan persediaan perkahwinan untuk Nadira. Hati Nadira berbelah bahagi sama ada mahu terima Ammar atau Bazli (orang yang dah banyak berkorban untuknya). Apabila tarikh perkahwinan itu tiba, siapakah pilihan hati Nadira? Ammar atau Bazli? Penonton yang akan menentukan melalui undian SMS. Mesti tonton ni!

Sumber : EDtv

ps : kalau jadi Nadira tu..mesti susah nak buat pilihan kan..

Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Ada 8 Komen