Sinopsis Drama Tentang Dhia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu baru menerima info mengenai drama Tentang Dhia yang ditayangkan di slot Akasia TV3 bermula hari rabu (9 November) ini jam 7.00 malam.

Rupanya drama ini bukannya adaptasi daripada novel Tentang Dhiya nukilan Syud. Ia sebenarnya tidak ada kena mengena lgsg dgn novel tersebut. Tajuk asal adalah Zikir Buat Dhia dan telah ditukar tajuk kepada Tentang Dhia. Terima kasih kepada saudari Azlina (mungkin kah pengarah drama tersebut – Azlina Pa Wan) kerana memaklumkan kekeliruan itu..

Ok lah..bersama-sama ini, ibu share sinopsis Drama Tentang Dhia

image

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk. Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat meminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

Sumber : cthoney

Promo Drama Tentang Dhia

Ps : jom layan Tentang Dhia di TV3 nanti.

Posted from WordPress for Android

 3,982 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*