Bahaya Timang Bayi?


(Bahaya Timang Bayi?)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kadang-kadang kita lihat, ada ibu dan bapa menimang atau mengoyang-goyangkan bayi mereka. Gelak ketawa si kecil yang seolak sangat suka diagah menambah lagi keterujaan ibu bapa. Bayi memang sangat suka ditimang. Mereka akan tergelak kesukaan. Tetapi tahukah kita sebagai ibu bapa tahu bahawa perbuatan yang amat digemari oleh si kecil itu juga boleh membahayakan nyawa mereka?

timang bayi boleh akibat simdrom bayi tergoncang

Kenapa menimang atau menggoyang-goyangkan bayi untuk memujuk atau menidurkannya boleh membahayakan nyawa mereka? Ini kerana perbuatan menimang bayi boleh menyebabkan Sindrom Bayi Tergoncang atau Shaken Baby Syndrome (SBS). Akibatnya ia akan memberi kecederaan kepada otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat.

Sindrom Bayi Tergoncang

Sindrom bayi tergoncang merupakan kecederaan otak yang berlaku akibat bayi digocang dengan kuat. Kecederaan otak yang dialami bukan sahaja menghasilkan impak jangka mangsa panjang yang mendatangkan kecacatan kepada bayi malah ia juga boleh membunuh bayi tersebut.

Otak leher bayi belum berkembang dengan baik dan tidak berupaya untuk menyokong kepala bayi yang agak besar di mana beratnya adalah 25% (satu per empat) daripada berat badan bayi. Otak bayi pula, bersaiz jauh lebih kecil berbanding dengan tengkoraknya dan salur darah serta tisu otak bayi masih lembut dan rapuh.

shaken baby syndrom

Perbuatan mengoncang ini menyebabkan kepala bayi terhayun dan mampu membuatkan otak bayi bergoyang dengan kuat di dalam ruang tengkorak. Pergerakan yang kuat  ini menyebabkan salur-salur darah di dalam kepala bayi dan tisu otak terkoyak dan menyebabkan pendarahan. Kecederaan ini bertambah teruk sekiranya goncangan bayi diikuti oleh pergerakan hentakan tubuh bayi (ke dinding atau ke atad tilam).

Bayi berumur 0 – 9 bulan merupakan golongan yang amat terdedah kepada sindrom bayi tergoncang, walaubagaimanapun. terdapat juga kes yan berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur 1 – 4 tahun.

Kesan Awal Akibat Pendarahan / Kecederaan Otak Bayi :

  • Bayi mudah meradang (irritable)
  • Sawan
  • Kaki dan tangan mengalami kekejangan
  • Bayi tidak bermaya dan kuranng bertindak balas
  • Tahap kesedaran bayi menurun
  • Muntah dan tidak mahu makan
  • Pendarahan yang teruk boleh menyebabkan kematian akibat terhentinya pernafasan dan deyutan jantung.

Kesan Jangka Panjang Akibat Kerosakan Otak Bayi :

  • Masalah pembelajaran
  • Lumpuh
  • Masalah penglihatan atau buta
  • Masalah pendengaran
  • Terencat akal (Cerebral Palsy)
  • Masalah tingkah-laku
  • Sawan berterusan
  • Kematian


Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
1,347 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


6 Comments