Semalam

Sebenarnya, ibu tak ada idea nak cerita apa dan nak update apa. So, ibu nak cerita perihal yang berlaku semalam lah. Tapi tak ada lah menarik mana pun. Hehe, saja nak cerita-ceriti. 😀

Tesco Kampar

Petang semalam ibu,  Abah Mifzal & Mifzal ke Tesco Kampar untuk membeli barang-barang keperluan harian. Hujan lebat di area Bidor ke Utara. Di Sungkai pula mendung saja. Mula-mula rasa macam tak mahu pergi. Ya lah, Kampar itu jauh juga jaraknya dalam 70 km lebih dari Sungkai. Tapi disebabkan susu Mifzal dah nak abih dan hanya sempat bertahan untuk semalam saja, kami pun buat keputusan untuk pergi juga ke Tesco Kampar. Tesco Kampar merupakan satu-satunya pasaraya besar yang terdekat dari rumah sewa kami (kira dekat ke? jauh juga sebenarnya sebab mengambil masa sejam perjalanan). Ya lah, maklumlah, kan ibu ini tinggal di kawasan pedalaman sedikit. Hehe. Bukan macam bandar besar yang macam-macam ada. Ini hendak shopping sakan pun kena pergi jauh. Bukan tak ada pasaraya yang kecil. Ada tapi beza harga kadang-kadang membuatkan ibu lagi selesa shopping di pasaraya besar. Lagi pun semua ada, terutamanya barang-barang Mifzal.

Ke Tesco Kampar

So, kami redah sahaja hujan tu, pergi juga ke Tesco Kampar. Lagi pun semalam kan dah dapat gaji dan kami pun berabihkan la gaji kami kat situ. Huhu.

Dah puas shopping, kami makan pula KFC. Ibu dan Abah Mifzal order snack plate spicy dengan hot rods 2 ketul. Mifzal pula, makan roti saja. Hehe. Alhamdulillah, kenyang.

Dah kenyang perut, kami pun nak angkat punggung la balik lah. Tengok-tengok hujan masih belum reda lagi. Cuma tak selebat masa datang tadi. Sampai rumah dah pukul 10.00 malam. Mifzal pun dah mengamuk nak tidur. Masa dalam keta tadi tak duduk diam. Jenuh nak pegang, itu nak capai, ini nak capai. Haha. Kan sampai rumah dah tergolek mengantuk. Pandai mengamuk pula tu. Lambat sedikit bancuh susu, dia menangis cam sakit-sakit saja. Huhu. Takut ibu.

Hehe, itu saja ibu nak cerita. Boring ke baca? Hehe, buat-buat lah tak boring ya. Ooopsss! Gambar shopping tak ada lah. Tak sempat nak rakam. Lupa pun ya. Hehe.

 755 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. aku pun suke g tesco walaupun perjalanan dr rmh mkn masa 1 jam gak.. bkn apa.. tmpt selesa.. pastu senang nak letak anak dlm troli hihihi!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*