Semakan Keputusan Peperiksaan Online PTD Januari 2016

Semalam, 19 Januari 2016, ibu telah mengambil peperiksaan online PTD iaitu untuk memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir & Diplomatik (M41). Mencabar juga rupanya nak ambil peperiksaan online ini. Maklumlah, periksaan ini diadakan serentak bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE ptd
Semakan Keputusan Peperiksaan Online PTD Januari 2016

Menurut SPA, seramai 57, 320 orang calon yang mengambil peperiksaan semalam. Bayangkan calon seramai itu perlu dalam satu masa. Huhu..memang ada sedikit masalah teknikal yang ibu hadapi ketika menjalani peperiksaan tersebut. Mula-mula okay untuk seksyen A, namun bagi syeksen B, mula timbul masalah. Soalan tidak keluar walaupun masa sudah berjalan. Gabra ibu, walaupun ambil peperiksaan ini tanpa ada apa-apa harapan pun. Cuma sebolehnya kalau dah ambil exam tu. Nak lah jawab semua soalan kan. Hehe. Lagi satu sebagai pengalaman lah kan. Nak juga tahu format soalan macam mana.

Dua – tiga kali re-login pun masih hadapi masalah yang sama. Masa berjalan,  so, ibu bukak pula Internet Explorer (sebelum itu buka dengan chrome dan mozilla firefox). Eh!! Elok pulak. mungkin sebenarnya compatible dengan internet explorer. Haha browser yang ibu paling tak suka untuk guna.

Jadi, dah ambil exam, pasti tertanya-tanya pula kan bila result atau keputusan akan keluar. Ibu share dari facebook SPA, keputusan peperiksaan online tersebut akan keluar pada 26 Januari 2016 (Selasa), jam 1.00 petang. Boleh la klik link kat bawah ini bila dah sampai tarikhnya.

http://e-semakan.spa.gov.my

keputusan periksa online ptd

 1,582 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*