Sarapan Pagi Seorang Menteri Besar


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu cuma nak share 1 forwarded email yang ibu dapat kawan blogger ibu, Pn. Zura.

” SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR. “

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi.. Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada       publisiti sahaja..

 

 
 
 Nota Kecik : Ibu sebagai anak jati Kelantan w/pun skang dah berhijrah ke Perak..sgt2 berbangga mempunyai MB seperti Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz B. Nik Mat
 
ps : jgn salah faham..blog ibu ni bukan blog politik..cuma nak share sesuatu yang boleh dikongsi..



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
115 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


8 Comments

  1. AYU IDRIS

    Salam Ibu Mifzal!
    Ye..betul..kalau pagi Jumaat,maka akan penuhlah sekitar kawasan rumah Tok Guru di Kg Pulau Melaka utk mendengar tazkirah dan ilmu daripada beliau.Akak ni walaupun bkn anak jati Kelantan,tapi dah duduk sini masuk 9 tahun bersyukur sgt2 dgn keharmonian dan keamanan di Kelantan ni.Kalau tak dtg sini tak tau keadaan sebenar,kan!So kpd sesiapa yg blm pnh dtg Kelantan, silalah berkunjung dan lihat sendiri keadaan di sini daripada mendgr cakap2 org….