Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)


(Resipi Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang))

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari ini, ibu nak share resipi makanan kegemaran ibu. Memang gemar sangat-sangatlah. Sebelum ini tak pernah cuba masak sendiri. Beli sahaja dengan kawan. Tapi kali ini, ibu cuba masak sendiri. Kebetulan pula, ada stok belimbing buluh yang Abah Mifzal bawa balik.

resepi sambal hitam pahang

Jom…ibu kongsikan resipi sambal hitam yang ibu dah masak ini.

Resipiย Sambal Hitam Belimbing Buluh (Sambal Hitam Pahang)

Bahan – bahan :

500ย gm Belimbing Buluh
7 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
15 tangkai Cili Padi (boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepedasan yang dikehendaki)
1 cawan Ikan Bilis
Minyak masak
Garam
Gula

Cara Membuat :-

1. Belimbing buluh dibersihkan dan direbus sehingga warna bertukar menjadi sedikit gelap.

2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.

3. Kisar atau tumbuk kasar ikan bilis.

4. Tumis bahan kisar dan masukkan ikan bilis dan belimbing buluh yang telah direbus.

5. Kemudian masukkan garam dan gula

6. Kacau sehingga kering

resipi sambal hitam

sambal hitam sedap

Jom Kongsi!

Related Posts:

1,200 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


5 Comments