Resipi Burger Homemade Sedap

Teringin nak makan burger homemade. Asyik makan yang frozen jemu. Kebetulan ada stok daging kisar dalam peti ais, ibu pun mencubalah resipi mudah yang ibu google kat internet. Mudah dan ringkas je rupanya resipi burger ni. Dulu, ingat susah, macam2 kena masuk rupanya ringkas yang amat :p. Resipinya pun bukan setakat senang tapi sedap juga.

burger homemade
hehe..abaikan warna burger tu ya..terhangit sedikit..kikiki :p

Resipi ini juga banyak dikongsikan oleh netizen. Google sahaja resipinya, bersusun di dalam senarai. Pelbagai variasi burger ini mengikut tuan punya resipi. Resipi ini boleh diolah untuk lebih menyedapkan hasilnya. Jom kita lihat resipinya. 😀


Resipi Burger Homemade

Bahan-bahan :-

400 gm Daging Kisar
1 biji Bawang Besar Holand (Dicincang)
3 biji Bawang Putih (Dicincang)
Serbuk Lada Hitam
Serbuk Lada Sulah
Garam
1 biji Telur

BACA INI : Resipi Jeruk Epal Asam Boi

Cara Membuat :

Gaulkan kesemua bahan-bahan dan perap. Bulat dan leperkan untuk goreng atau bakar. Sedap dihidang bersama roti, salad, tomato dan cheese.

burger homemade
Patty Burger

Burger ini antara makanan kegemaran anak ibu, Mifzal. Bila buat sendiri resipi ini, kita dapat menggunakan bahan-bahan yang sihat dan diyakini halal. Ini lebih bagus dari asyik makan makan yang disediakan di luar rumah. Resipi yang simple dan sedap ini memudahkan lagi kerja ibu dalam menyediakan makanan-makanan kegemaran Mifzal.

 1,133 jumlah dibaca,  4 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*