Pupuk Minat Bermain Catur Dari Kecil

Seingat ibu, seawal usia 3 tahun, Mifzal sudah berminat dengan catur. Walaupun sebenarnya ketika itu, dia masih lagi belum memahami apa bentuk permainan tersebut. Mungkin, kerana dia selalu lihat Abah Mifzal bermain game chess di komputer. Silap ibu, kerana ibu hanya membiarkan sahaja minat Mifzal itu tanpa tindakan apa-apa. Orang cakap, kalau nak tanam minat, elok lah bermula sedari kecil  kan! Ada juga beli main mainan chess tetapi sebab ibu tidak lah pandai bermain chess, jadi ibu biarkan sahaja. Lama-lama, Mifzal juga sudah tidak mempedulikan mainan chess nya kerana minatnya sudah teralih pada mainan LEGO.

bermain catur dengan rakan-rakan sekolah
Mifzal & Chess

Cuma baru-baru ini, ibu lihat Mifzal kusyuk bermain chess bersama kawan-kawan sekolahnya sementara menunggu ibu mengambilnya pulang dari sekolah. Teringat ibu, yang Mifzal masa kecil dulu suka dengan catur. Dan, sekarang dia sudah pandai bermain catur. Seronok Mifzal bila dia menang apabila bermain dengan kawan-kawannya. Tetapi ada juga waktu dia kalah, dia sukar untuk menerima kekalahannya. Confident level yang tinggi barang kali…hehe.

BACA INI : Mifzal Arsyad & Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 

Minat Si Anak Dengan Catur

Menyedari minat si anak, ibu rasa ibu perlu turutkan…rugi kalau tidak dipupuk dari sekarang. Bagus sebenarnya kalau bermain chess ini, ia memang merangsang minda. Belajar mengenai strategi bermain chess membuatkan otak ligat berfikir untuk menyelesaikan masalah dan halangan. Bila dah mahir nanti, mana tahu boleh masuk tournament pula nanti.

hadiah set permainan catur
Happy!!

Hadiah dari si ibu, permainan catur untuk anak kesayangan. Tersenyum gembira Mifzal, walaupun nilai hadiah itu murah sahaja.

 1,807 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

5 Comments

  1. Huhu.. setakat ni belum jumpa lagi apa yang anak minat.. sebab sekarang dia bedal semuanya.. haha.. terbaiklah.. mendidik otak untuk menjadi kreatif juga permainan ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*