Puding Gula Hangus Tanpa Telur


Semalam, ntah cemana datang semangat nak mencuba resipi yg ibu cilok dr myresipi.com. tengahari tu ibu kuar ke pekan Tapah beli semua barang yg diperlukan..ibu mmg cari resipi yg simple jer bab nak membaking ke apa ke..oven x der la..x mampu nak beli lg..hehe..so ini la hasilnya percubaan pertama ibu buat puding gula hangus tanpa telur yg x baper hangus nih…tp rasa leh tahan..hehe

“Abaikan teksturnya yang mengerutu itu…haha…”

Resipi Puding Gula Hangus Tanpa Telur

Bahan A
2 senduk Gula

Bahan B
10 gm Serbuk Agar-agar
2 senduk Gula
500 ml Air

Bahan C
1 tin Susu Cair
1 sudu besar Perisa Vanila
2 sudu besar Tepung Kastard (dicairkan)

Cara Membuatnya :

1. Panaskan gula di dalam kuali atau loyang. Biarkan cair dan keperangan kemudian masukan kan sedikit air dan ketepikan.
2. Masukkan bahan B ke dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
3. Perlahankan api dan masukkan bahan C. Kacau sehingga sebati dan sedikit pekat.
4. Matikan api dah tuang adunan td ke dalam loyang yag sudah terisi gula hangus tadi.
5. Bekukan di dalam peti ais. Enak dihidangkan dan dimakan ketika sejuk.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
401 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


7 Comments