Puas Hati Dengan The Hobbit : The Unexpected Journey

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dalam keadaan yang tidak berapa sihat pun, tidak membataskan ibu untuk menonton filem The Hobbit : The Unexpected Journey. Filem yang ibu tunggu-tunggu setelah trilogy The Lord Of The Rings di TGV Kinta City, Ipoh semalam bersama Abah Mifzal. Kebetulan ke Ipoh untuk menyelesaikan beberapa urusan, ibu mengambil peluang untuk menonton filem ini.

image

The Hobbit The Unexpected Journey mengisahkan Bilbo Baggins dipillih untuk menyertai pengembaraan bersama Gandalf dan 13 orang kerdil yang diketuai oleh Thorin untuk mendapatkan kembali kerajaan Thorin di Erabor di Gunung Sepi (Lonely Mountain) yang telah lama dimusnahkan oleh seekor naga, smuag. Di dalam pengembaraannya, Bilbo Baggins menempuh pelbagai perkara yang tidak diduga dan membuatnya merindui kampung halamannya di Shire.

The_Hobbit-_An_Unexpected_Journey_74

Filem ini sememangnya mempunyai kaitan dengan trilogy The Lord Of The Rings. Dan, ia turut menyelitkan adegan bagaimana Bilbo Baggins menjumpai cincin The Lord Of The Rings daripada Golunm.

Ibu sangat berpuas hati dengan filem ini, dan tidak sabar untuk menonton lagi kesinambungan filem ini.

Posted from My Samsung Galaxy Note

 953 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*