Produk Tati Skincare & Moleek Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Hari ini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesa orang awam untuk mengelakkan daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik atau skincare dikesan mengandungi racun berjadual seperti produk-produk di bawah:

skincare dikesan mengandungi racun berjadual
Tati Skincare

1. Tati Skincare Night Cream (NOT150200975K)
2. Tati Skincare Treatment Cream (NOT150200974K)
3. Moleek Anti Pigment Cream ((NOT150700326K)

Gesaan ini adalah kerana produk-produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Merkuri, Hydroquinone dan Tretinoin.  Maklumat lebih lanjut adalah seperti di dalam jadual di bawah :-

Senarai Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Bil Nama Produk Nombor Notifikasi Racun Berjadual Yang Dikesan Pemegang Notifikasi
1 Tati Skincare Night Cream NOT150200975K Merkuri Biotech Resources Sdn. Bhd.
2 Tati Skincare Treatment Cream NOT150200974K Hydroquinone dan Tretinoin Biotech Resources Sdn. Bhd.
3 Moleek Anti Pigment Cream NOT150700326KK Hydroquinone dan Tretinoin DZ Reenz Enterprise

Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

BACA INI : UPDATE : Senarai Produk Kosmestik Yang Dikesan Mempunyai Racun Berjadual

Hendak cantik punya pasal jangan sampai merana badan. Sangat bahaya sebenarnya kesan racun berjadual ini kepada kulit kita. Dulu ibu pun ada juga guna produk-produk sebegini. Memang kesan pemutihan pada kulit muka itu sangat cepat tetapi azab. Pedihnya kulit muka bila berlakunya proses pengelupasan sel-sel kulit muka. Makin lama baru perasan kulit muka terasa makin nipis. Menyesal sungguh. Sekarang ibu hanya guna produk yang disahkan selamat oleh pihak NPRA. Di bawah ini, mari kita sama-sama baca apa kesan racun berjadual ini terhadap kulit.

Kesan Racun Berjadual Kepada Kulit

Hydroquinone
– Boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Tretinoin
– Ia biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Merkuri
– Boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
– Kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

 1,624 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Trackback / Pingback

  1. MediQuest : Aplikasi Untuk Semak Produk Berdaftar Dengan KKM – Blog Ibu Mifzal

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*