PLUS Perkenalkan Jadual Perjalanan Sempena Hari Raya Aidilfitri & Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sure dah ramai yg dah siap2 apply cuti kan..balik kampung mana tahu ni? ibu beraya di sini dulu..raya ke dua baru balik kampung  kat Kelantan..kalau balik sebelum raya ni trafik jam mmg x dapat dielakkan..terutama kat jalan2 menuju utara, timur dan selatan..semua org pakat nak balik kg..

so bali mengelakkan kesesakan jalan raya ketika musim perayaan ni, pihak PLUS telah pun mengeluarkan jadual perjalanan sempenan musim perayaan dan hari merdeka kali ini..

PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid, berkata langkah itu bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September ini.
“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap.
“Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Noorizah berkata, bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.

Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan.

Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :

  • Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum jam 12 tengah hari;
  • Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
  • Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
  • Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.

Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:

  • Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
  •  Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
  •  Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
  •  Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
  •  Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

berita selanjutnya boleh dibaca di laman Berita Harian

 

Jadual Perjalanan Sempena Hari Raya Aidilfitri & Hari Kemerderkaan oleh PLUS

untuk lebih jelas klik pada gambar atau boleh download di SINI

ps : bagus juga ada jadual gini..leh rancang perjalan dengan lebih awal..x de lah tension je terperangkap dlm jam…

 

 2,614 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*