Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) : Pendaftaran Secara Online Dibuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terbaca info yang sangat bagus di blog Ajumohit [dot] Com mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Pendaftaran online PR1MA kini dibuka bermula 8 Disember 2012. Proses pendaftaran secara online ini lebih memudahkan kerana sebelum ini, para pemohon perlu memohon secara manual.

Sedikit info mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia

logo perumahan rakyat 1Malaysia

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00

YAB Perdana Menteri Malaysia menyedari bebanan kewangan yang dihadapi oleh penduduk bandar yang perpendapatan sederhana akibat pembangunan yang pesat di Malaysia. Wawasan beliau adalah untuk mengimbang semula bantuan yang diberi kepada rakyat di luar bandar serta di kawasan bandar. PR1MA adalah salah satu daripada pelbagai usaha murni yang dilaksanakan untuk membantu rakyat menguruskan kos sara hidup di kawasan bandar. PR1MA akan menjadi perintis yang mensasarkan golongan perpendapatan sederhana dengan menawarkan rumah diantara RM100,000 hingga RM400,000 yang dibangunkan di pembangunan komuniti yang mampan.

Kelayakan Pemohonan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
  • Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
  • Tidak diisytiharkan muflis
  • Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Perumahan PR1MA akan diperuntukkan melalui proses pengundian yang terbuka. Moratorium selama 10 tahun akan dikenakan dimana rumah PR1MA tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA. Pemilik mesti mendiami rumah PR1MA tersebut.

Cara Memohon

Pendaftaran secara online, sila klik link di bawah

http://register.pr1ma.my/Account/Register

Dokumen-dokumen yang diperlukan

dokumen berkaitan permohonan PR1MA yang diperlukan

* klik gambar untuk lebih jelas

Untuk maklumat lanjuk, sila ke website Perumahan Rakyat 1Malaysia

 1,402 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. salam, sy da isi pndaftaran pr1ma ni,,, slps dftar, utk pngsahan akn smpai kt dlm email kn… yg mnjd msalahnya, sy xdpt klip pautan @ link utk nk teruskan pengisian borang permohonan tu…… ADA SAPA2 YANG BOLEH MEMBANTU SAYA X??? sy da email mslah ni kt bhgian pr1ma n xde pe2 feedback n sy jgk da call, smpai xde sape yg jwb… PLZZZZ HELP ME

  2. Saya register perumahan prima tapi masih tiada feedback pengesahan dan terima ke atau tidak on line.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*