Perubahan Tarikh Semakan Permohonan Pinjaman Boleh Ubah JPA 2012/2013

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Banyak keyword mengenai pinjaman boleh ubah (PBU) JPA masuk minggu ini. Bukan pembaca je cari info mengenai tarikh semakan itu, ibu pun sama sebab ibu adalah salah seorang pemohonnya. Sepatutnya tarikh semakan keputusan pinjaman tersebut adalah pada 14 Disember 2012 tetapi telah ditunda oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam atas sebab-sebab tertentu. Website esilav2 pun sekarang ini tengan dikemas kini.

perubahan tarikh semakan pbu

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Program Pinjaman Boleh Ubah Sesi 2012/2013 Untuk Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Mengikuti Pengajian Di Peringkat Diploma Atau Ijazah Pertama adalah pada 28 Disember 2012 (Jumaat).

Kalau tak silap ibu, sama dengan tarikh semakan Biasiswa Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Untuk Kakitangan Awam. Biasiswa ini pun ibu turut mohon. Moga adalah rezeki buat ibu dan berjaya dalam salah satu permohonan.

Sememangnya, ibu sangat mengharapkan permohonan ibu berjaya. Hujung Januari 2013, kelas untuk semester ke 5 akan mula. Sudah 4 semester ibu membiayai yuran pengajian ini sendiri. Yuran UUM PLK ini mahal berbanding universiti lain. Jenuh juga mahu mengumpul hampir RM2000 setiiap kali semester jika tanpa bantuan Abah Mifzal & adik-adik ibu yang baik hati itu. 😀

 1,084 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

    • siapa la sy org nak taja..kalau sendiri tidak mahu mengubah nasib hidup siapa lagi..

      dan, sy amat berharap permohonan sy utk dptkan biasiswa jpa berjaya…kalau x dapat biasiswa…dpt yg loan pun jadi la..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*