Perkembangan Terkini Siti Fatimah Mukhtar (Pelajar Cemerlang 2006 – 17A1, 1A2)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kebelakangan ini heboh mengenai cerita pelajar Cemerlang 2005, Nur Amalina Binti Che Bakri yang pernah mendapat 17A1 dalam peperiksaannya dan dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di dalam peperiksaan SPM ketika itu. Setahun selepas itu, pelajar cemerlang 2006, Siti Fatimah Binti Mukhtar telah dianugerahkan sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2006 dengan mendapat keputusan 17A dan 1A2…

Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. w/pun akhir2 ini berita yg kurang baik mengenai Nur Amalina Binti Che Bakri, namun beliau masih lagi cemerlang dalam pelajarannya..ibu sempat membaca luahan hati ibu Nur Amalina mengenai anaknya di dalam akhbar Berita Harian pagi tadi,..dan yang paling mengejutkan kenyataannya mengenai pakaian anaknya itu dibeli sendiri oleh beliau..tegar kah beliau melihat anaknya berpakaian seperti itu? mungkin juga pandangan ibu bapa moden, tidak kisah dengan cara pemakaian anaknya..x apa lah..kita tinggalkan kisah Nur Amalina.

Berbalik kepada kisah Pelajar Cemerlang 2006, Siti Fatimah, anak kelahiran Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.

ini antara gambar Siti Fatimah Binti Mukthtar yang ibu ambil dari blog Mengaji Pasti Boleh…sejuk je mata memandang, bertuah ibu-bapa Siti Fatimah Bin Mukhtar punya anak seperti beliau 🙂

ps : kita doakan kedua2nya berjaya di dunia dan akhirat..begitu juga dengan kita…aammin..

 3,990 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*