Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) Tahun 2016

Ibu baru sahaja menerima email jemputan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi menghadiri peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) pada 19 Januari 2016. Aduss!! Lain yang diharapkan, lain yang datang. Tak mengapalah. Ibu juga yang pohon kan. Huhu. Ini pun belum tentu lulus or tidak. Hehe. cuba sahajalah.

jemputan email peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik
peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik

Tahun 2016, sebanyak 300 kekosongan jawatan PTD untuk diisi. Banyak juga kan. Habis sahaja konvo bulan 10 tempoh hari, ibu terus mengisi dan mengemaskini maklumat di portal SPA8. Berharap dapat la menjawat jawatan yang diimpikan. Tapi sebenarnya tidak kisah sangat..asal dapat naik pangkat bersesuaian dengan kelulusan yang ada pun jadi lah kan.

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik

Ok, berbalik pada peperiksaan online PTD ni. ibu ada lah juga ‘google’ mencari maklumat mengenai peperiksaan tersebut. Baru ibu tau, sekarang format dah tak ada peperiksaan fizikal kan? cuma peperiksaan online dan temuduga sahaja. Mujur juga, ibu ngeri sikit bila ada peperiksaan fizikal ini. Al-maklumlah dah tak berapa fit, umur pun dah meningkat. Lega sikit, risau benar ibu kalau kena test kecergasan fizikal ni. Hehe..

Ibu tahu, mesti ramai juga pembaca blog ibu yang sama-sama akan mengambil peperiksaan online Pegawai Tadbir & Diplomatik ni kan. Hopefully kita semua dapat lulus peperiksaan ini dengan jayanya. Aamiin. Yang mana yang ada memohon dan belum pasti dipanggil untuk peperiksaan ini boleh la semak nama masing-masing di http://e-semakan.spa.gov.my

Untuk yang mencari info mengenai tips, panduan, rujukan peperiksaan online PTD ini boleh la klik diĀ http://www.examptd.info

 897 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*