Penjelasan Khairul Fahmi Che Mat Kenapa Cincin Tunang Belum Dipulangkan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sebelum tu baca entry ni dulu Khairul Fahmi Che Mat Belum Pulang Cincin Pertunangan – Ibu Aimi Harmelia

ini pula kenyataan balas KFCM mengenai kenyataan ibu Elia Jejari Runcing yg mengatakan KFCM belum pulang cincin

Salah faham

Oleh SITI FATIMAH HASSAN
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya anggap perkara ini sebagai salah faham saja… lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie dan ibu tirinya.

“Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut adat nanti,” kata penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Menurut Khairul Fahmi, dia tidak menyalahkan sesiapa, termasuk ibu Aimie Harmelia atau Elia yang kesal terhadap perkara itu, sebaliknya mahu kekusutan yang berlaku berhubung masalah peribadinya dapat diselesaikan dengan baik.

“Ketika itu saya ada di Slovakia dan keluarga angkat menjadi orang tengah untuk melakukan perbincangan dengan bapa serta ibu tirinya.

“Hanya mereka tahu apa yang dibincangkan, malah bapanya juga faham keadaan saya yang mahu menumpukan sepenuh perhatian di Slovakia.

“Saya cuma mahu masalah ini selesai segera dengan cara baik kerana tidak mahu campur adukkan kerja dengan isu peribadi,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan rasa kesal ibu Elia yang berusia 46 tahun sambil menafikan dakwaan Khairul Fahmi sudah memulangkan cincin pertunangan anaknya dengan bantuan keluarga angkatnya.

Wanita terbabit turut kesal apabila kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek hanya mengeruhkan lagi suasana, malah mengaibkan keluarganya.

Sebelum ini Metro Ahad melaporkan, Khairul Fahmi memutuskan pertunangannya dengan Elia selepas bertunang pada 17 Mei lalu.

Di sebalik perkara itu juga, dia menafikan kemelut itu berlaku disebabkan angkara orang ketiga iaitu seorang gadis dikenali dengan nama Dahlia.

Sementara itu, kunjungan Metro Ahad ke rumahnya di sini, semalam, gagal mendapatkan sebarang reaksi daripada keluarga Khairul Fahmi untuk mengulas perkara itu.

Ketika ditanya mengenai Dahlia, Khairul Fahmi berkata, dia tidak mahu mengulas apa-apa dan mengakui gadis terbabit berasal dari Kota Bharu.

Katanya, dengan kekangan masa dihadapi, dia hanya mahu menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya, terutama komitmen terhadap negara dalam menggalas cabaran pada pusingan kelayakan Olimpik 2012.

“Selepas ini saya akan berlepas ke Jepun dan harap semua faham komitmen dan tanggungjawab saya kepada negara.

“Saya juga berharap supaya isu ini reda kerana ia boleh mengganggu konsentrasi, termasuk keluarga di kampung,” katanya.

sumber : Harian Metro

hmm…tak habis2 kan kisah pasal pertunangan apek ni..masa bercinta n bertunang dulu..semua yg baik2 je..bila dah retak gini ada je isunya..itu la dah jadi org terkenal mmg la ada isunya..hehe..

harap kisah ni dapat diselesaikan oleh kedua2 pihak..baik Apek mahupun Elia..dua2 perlu muhasabah diri di atas ujian yang Allah berikan ini..ada hikmah semuanya..

ps : Apek, jaga gawang Kelantan nnt jg alpa plak…

 885 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

  1. daku pun serabut u … time nak anak org pandai dtg dgn beradat , dh wat peel tu .. bile x nak dh , sila ler wat cara beradat jgk … jgn nak belit2 dgn isu bola plak..

    bola tu smp ke mati pun xabis2…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*