Penjawat Awam Dapat Faedah Pemindahan Gaji Yang diawalkan 1 Julai 2013

Ibu tertarik dengan salah satu berita baik yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke -13 pada 11 Mac 2013 mengenai penjawat awam dapat faedah pemindahan gaji diawalkan.

FAEDAH BERIKUTAN PEMBETULAN STRUKTUR GAJI

Mengambil kira usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka Kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak 1 (Kenaikan Gaji tahunan) KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013.

KGT yang akan diperolehi adalah pada kadar mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing seperti contoh untuk Perkhidmatan Awam Am seperti berikut:
Gred 1 = RM80.00
Gred 17 = RM95.00
Gred 41 = RM225.00
Gred 54 = RM320.00

Sumber : Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam

Sebenarnya, ibu sangat keliru dengan perkataan AWAL dalam pengumuman faedah pemindahan gaji tersebut. Banyak persoalan yang timbul? Adakah ini bermaksud KGT tahun hadapan (2014) diawalkan bayarannya ke tahun ini pada 1 Julai 2013?

Rata-rata mengatakan penjawat awam akan dibayar 2 KGT tahun ini. Ya mungkin benar, 2 KGT dibayar pada tahun ini. Tetapi kalau mengikut pemahaman ibu, perkataan awal itu pasti ditujukan kepada KGT tahun 2014 kan. Kalau ia bukan KGT 2014 pasti tidak digunakan perkataan awal tersebut. Jadi kiranya pada pendapat ibu, sebenarnya tiada kenaikan pun gaji untuk penjawat awam, Cuma kenaikan gaji tahunan (KGT) 2014 dibayar awal sahaja. Jika tidak dibayar awal pun, penjawat awam tetap akan menerimanya setiap tahun mengikut tarikh pergerakkan gaji tahunan masing-masing.

Yang menjadi persoalannya lagi, apakah pada tahun 2014 nanti tiada KGT dibayar kerana KGT 2014 sudah diawalkan pembayarannya pada 1 Julai tahun ini?

Pasti bukan ibu sahaja yang menunggu pengumuman kenaikan elaun perumahan yang pada ibu kadar sudah tidak relevan lagi. Akan ada ke pengumuman seumpuma itu? Harap-harap kajian mengenai elau tersebut dapat disiapkan awal dari jangkaan.

Untuk maklumkan mengenai kenyataan akhbar Dato KSN mengenai ucapan YAB Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke -13, sila klil link di bawah

Kenyataan_Akhbar_KSN_MAPPA13

 1,140 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

9 Comments

  1. Yang I faham ialah 2013 KGT diberikan 2 kali. satu pada Januari dan satu lagi Julai. 2014 tiada KGT sebab perkataan AWAL bermaksud KGT dah diberi pada Julai 2013.. sebenarnya kadar KGT tetap yg baharu adalah lebih sedikit berbanding KGT yang sebelum ini iaitu kadar 13% dari gaji tahun sebelumnya. kalau dikira, 2 kali KGT baharu lebih kurang sama dengan 1 KGT lama iaitu 13%. Mungkin ini sebab KGT diberikan 2 kali pada 2013 supaya penjawat awam mungkin tak protes… tapi bagaimana pula dengan 2014 nanti… masalah ni..

    • Diawalkan kepada 1 Julai.. bukan bermakna KGT bagi tahun 2014 diawalkan… tetapi ianya adalah insentif SST (Sistem Saraan Transformasi)… seperti kebiasaannya setiap perubahan Sistem saraan akan ada pergerakan gaji tidak kurang daripada pergerakan gaji biasa(term lama)/KGT (term baru)… oleh kerana kerajaan mempunyai sedikit lebihan.. maka insentif KGT diawalkan… bermakna,,, semua penjawat awam pada tahun 2013 akan menerima 2 KGT… Pertama pada tarikh PGT… iaitu (1 Jan/1 April/1 Julai/1 Oktober) dan Insentif SST…

  2. sebenarnya macam ni………sst yang ganti ssm akan dilaksanakan pada januari 2014. kebiasaanya apabila berlaku pertukaran skim akan ada pemindahan satu kenaikan gaji. jadi pemindahan yang sepatutnya berlaku pada januari 2014 diawalkan pada julai 2013. kgt 2014 masih kekal.

  3. betul tu….apa yang kamu faham sama dengan yang saya faham AWAL tu maksudnya kgt 2014 dibayar awal 1 julai 2013.

    • d pemahaman sy.. diawalkan maksudnya yg 2014 diawalkan pd julai ini.. manakala yg 2014 masih lagi ada.. maksudnya julai ini akan ada 2 kenaikan… sy paham mcm tu sbb dalam ucapan pm disebut peruntukan sebanyak 1.5 billion…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*