Pengumuman Tarikh Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 Dan Cara Semak Keputusan
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Wah..wah…sekejapan je masa berlalu, baru je rasa UPSR habis hari tu, ni dah nak keluar keputusan dah. Nasib baik, ibu dah lama dah ambil UPSR ni, kalau tidak, ibu pun berdebar sama..hehe. Yang pasti, bukan adik-adik yang ambil UPSR je berdebar-debar nak tahu keputusan berapa A dapatkan, ibu-bapa lebih-lebih lagi berdebar.
Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Bagi Tahun 2012 ialah pada 19 November 2012. Kenyataan akhbar tarikh pengumuman keputusan ini, ada disiarkan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada 19 November 2012.
Berikut pula ialah cara untuk semakan keputusan UPSR secara online pula :-
- Buka ke laman Sesawang SAPS
- Tekan butang (Warna Hijau) Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
- Pilih Sekolah Rendah
- Pilih Tahun
- Tekan butang Semak Laporan.
Manakalan bagi semakan Keputusan UPSR 2012 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), caranya adalah seperti berikut :-
Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
Contoh: UPSR A123456 hantar ke 15888
ps : Selamat mendapat keputusan yang cemerlang.
huhu….terkenang kembali ketika ambik result UPSR pada tahun 1990 dulu…
Jom baca entri di blog yusri : Free Backlinks di muhamadyusri dot com
ooo..sy tahun 1991 rasanya..hehe
oh yer ker…sebaya le kite…hehehe
Jom baca entri di blog yusri : Free Backlinks di muhamadyusri dot com
selamat berjaya kepada calon2 upsr.. 🙂
selamat berjaya calon2 UPSR..sure x sabar nak tahu kan.
good luck buat adik-adik, ibu saya copy tang semakan ye, mintak izin 😉
Jom baca entri di blog ajumohit : Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012
Sila..sila…:)