Pengalaman Bersalin : My Lovely Son, Mifzal


Pengalaman Bersalin : My Lovely Son, Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

To my best friend, Ziela…happy reading…ini la pengalaman bersalin aku yang tak mungkin aku lupakan..

26 FEBRUARI 2008

Hari ini sudah masuk 6 hari ainey overdue. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum muncul lagi. Kalau diikutkan memang dah tak sabar nak melahirkan anak dalam kandungan ini. Tapi, masa belum sampai. Ainey bu dah terbayangkan yang ainey bu kena induce pada 2 Mac nanti, kalau ainey bu masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Pasrah saja lah..Rutin harian hari ini ainey bu teruskan seperti biasa sambil melayari forum Mengandung.com. Ramai kawan-kawan di Mengandung. Com tertanya-tanya bila la ainey nak bersalin ni..huhu..

27 FEBRUARI 2008

4.00 Pagi

Ainey tersedar dari tidur yang agak lena. Terasa seperti ada keluar cecair. Ainey bingkas bangun. Kejutkan suami temankan ainey ke bilik air (bilik air umah mentua kat luar..takut nak keluar sensorang malam2). Ainey berdebar-debar bila tengok kat panty ada lendir dan darah. Sah, ainey dah kuar tanda..maksudnya ainey akan bersalin x lama lagi…takutnya. Masa tu belum terasa sakit lagi. Cakap ngan suami dah keluar darah. Suami ajak pergi hospital sebab ainey kan dah terlebih due. Ainey cakap kt suami mungkin esok atau lusa ni baru bersalin (ceh..macam tau-tau jer…tapi mengikut pengalaman org lain la..kalau kuar tanda darah ni mungkin 2-3 hari lagi baru bersalin kan..) lagi pun ainey x rasa sakit lagi. Itu yg rasa nak tangguh dulu g hospital..ainey terbayang cerita kawan-kawan kat mengandung.com pasal pengalaman kena seluk ni..takut jalan tak terbuka lagi..sia2 jer g awal ke hospital..alih kena balik semula. Jadi, ainey pun ajak suami tido semula..

4.20 Pagi

Belum pun sempat lelapkan mata, ainey terasa sakit kat pinggang. Sakit yang sebelum ini ainey x pernah rasa, ainey tertanya-tanya, kontraksi ke ni? Maklum la x tau mcm mana rasa sakit kontraksi ni kan.. kesakitan tu datang tak menentu. Sekejap 30 minit..sekejap 15 minit.. sekejap 10 minit..masa kontraksi tu datang ainey catat dalam handphone. Mmg ainey x leh tido dah lepas tu, sebab rs kontraksi tu mmg sakit..suami ainey lena kt sebelah.nak kejutkan dia ckp sakit pun x sampai hati. Ainey tahan je kesakitan tu. Bila dah subuh, ainey baru kejut suami. Masa tu rs masa kontraksi datang masih x menentu..kadang2 ainey kompius jgk..xkan false alarm kot..tapi dah kuar lendir ni..

Suami ajak ainey gi hospital lagi..ainey cakap tengahari sket la..ainey ms tu cam rs fobia plak nk g hospital, takut misi check bukaan x terbuka lagi n then diorang suh balik..malas tul la..ms tu sempat lagi ainey pikir macam2 kan..

Pagi tu, sempat lagi ainey berforum di Mengandung.com. sesambil tu ainey mesej eiyja, kawan mengandung.com yg kat Sarawak, cerita kat eiyja yg ainey dh kuar lendir n darah. Eiyja suruh ainey pegi hospital cepat sket takut apa2 jadi kan..tambahan bila dah terlebih due ni mcm2 blh jd. Eiyja pesan g hospital cepat supaya buleh tahu keadaan baby dlm perut…ainey pun ikut pesanan eiyja (Thank a lot eiyja, banyak kongsi pengalaman ngan eiyja)

Ainey bagitau kat mak mentua yang ainey dah keluar tanda darah n lendir. Mak mentua pun suh ainey gi hospital cepat2. Dia pun risau, takut terberanak kat rumah plak.

9.00 Pagi

Ainey sampai kat hospital Slim River, gi kat kecemasan, tp attanden situ suh g bilik bersalin kat tingkat 3. Sampai jer bilik bersalin, x de pun nurse yg jaga kaunter situ. Lama gak ainey menunggu ngan mak mentua n kakak ipar. Masa ada lagi org duk menunggu org nak bersalin dalam tu. Pukul 10.00 pagi, baru ada nurse yang jaga kaunter tu. Pagi tu sibuk gak la kat LR tu, ramai gak yg tgh duk meneran tu..

Dah siap isi boring, nurse tu ajak ainey masuk bilik pemeriksaan. so, buat check-up yg rutin. Check air kencing, ambik darah n etc.. masa nurse tu ckp nak check bukaan rahim, ainey mula berdebar2..teringat pengalaman kawan2 yg dah kena seluk..huhu.. nurse tu suh ainey tarik nafas ms dia masukkan jari dia..huhu..sakit gak weh…masa tu baru 2cm terbuka..nurse tu cakap lambat lagi ni tapi kepala baby dah betul2 ada kat pintu rahim tu….aduhai lambat ke..masa tu kontraksi ainey dah rs 15 minit sekali…pas tu tu nurse tu pasangkan alat ctg kat perut untk check jantung baby utk 20 minit..tapi ainey ambik masa 1 jam untuk ambik bacaan tu sebab nurse cakap bacaan x cantik..baby ainey tidur..then dia masukkan drip air..nak suh baby jaga..dah settle semua..ainey pun admit wad pagi tu..duk kat katil no 8. Mak mentua n kakak ipar ainey dah balik dulu sebab ainey pun lambat lagi nak bersalin..bermulala hari ainey kat wad tu…

2.00 ptg

Kontraksi masih ainey rasa dlm 10 minit sekali…walaupun sakit tapi masih buleh tahan lagi..waktu melawat pun dh tamat.ainey call kakak ipar, diaorg cakap nak datang ms waktu melawat ptg.. ainey baring jer la atas katil tu..sambil menahan kesakitan..lagi pun x dak mood nk borak2 ngan patient lain.

5.30 ptg

Suami n keluarga mentua datang melawat..masa tu ainey cool lagi..sakit pun masih dlm 10 minit sekali datang..muka pun still ceria..duk borak2 ngan suami n mak mentua. Dlm wad tu berdepan ngan katil ainey ada patient umur 17 tahun mengandung 39 weeks…muda sgt lagi orangnya.. ainey wonderla..cemanala pengalaman mengandung di usia muda kan…1st baby..mesti banyak yg x tahu,,sedangkan ainey yg umur dh nak mencecah 29 thn ni pun masih banyak benda yang tak tau..
Dekat maghrib..suami n mak mentua balik..tinggal la ainey tidur kat wad malam ni..

8.00 mlm

Kesakitan makin ainey rasai..ainey masih mencatat masa kontraksi tu dlm handphone..seksanya ainey rasa…ms tu ainey tgk kekerapannya sudah 8-7 minit..ainey ingat kalau kontraksi dtg dlm 3 minit sekali baru nak suh nurse tu check bukaan..ainey teringat pesanan kengkawan kt Mengandung.com, kalau nak cepat bersalin kena banyak berjalan…tapi ainey mmg x ada mood nak berjalan..kesakitan yg ainey rasa tu mmg buat ainey x senang duduk..ainey ni jenis yg x tahan sakit..mulala rasa nak menangis..

Malam tu mmg ainey xa lena tido..mmg tak dapat tido pun..bila kontraksi datang..ainey pegang kuat2 besi kat tepi katil tu..sakit kat pinggang tu, Allah saja yang tahu macam mana…sambil tu ainey bermesej ngan suami..mengadu..bila tak tahan sangat ainey g bilik air n menangis kat dalam bilik air tu…nak menangis kat katil malu..kot2 org sebelah perasan plak..

28 FEBRUARI 2008

1.00 Pagi

Ainey mmg x senang duduk..sekejap ainey baring atas katil, sekejap duk kat kerusi..mcm2 gaya dah ainey buat untuk mengurangkan kesakitan..kebetulan ada nurse lalu.. dia tanya ainey..sakit ke? Ainey anggukkan kepala..pas tu dia ajak nk seluk..ainey pun gagahkan diri berjalan ke bilik prosedur untuk check bukaan.. bila nurse check..ainey agak kecewa sket..sebab bukaan masih lagi 2cm..tak berganjak langsung dari pagi tadi…Sakitnya Ainey pun x tahu nak gambarkan mcm mana.rasa dah tak tertanggung dah….nurse tu cakap…nanti kul 5.00 pg check lagi..

5.00 pagi

Ainey catat masa kontraksi sudah 3-4 minit sekali datang…tapi bila check bukaan..baru terbuka 3cm..Ya Allah..napalah lambat sangat terbuka jalan ni…ainey mmg dh tak leh nak tahan sakit dah ni..air mata mengalir jer.. nurse yang check tadi ckp lagi…kul 8.00 pg nanti check lagi..lepas sarapan…huhu..

8.00 pagi

Selepas sarapan (ainey makan sekeping jer roti..itu pun x habis..x lalu makan dh..menahan kesakitan) doctor datang check..ms tu ada 3 org doctor duk kerumun ainey,,,2 pompuan, sorang lelaki..ntah apa yg diorg cakap ainey x ambik peduli..sakit yg amat..seorg dr doctor tu check perut ainey sambil Tanya sakit..ainey angguk jer..dh x leh nak berkata2 dah… lepas tu doctor tu cakap..suh masuk LR..sblm tu dia suh pi kencing dulu kalu nak kencing..ainey masuk bili air..tp air kencing tak moo keluar la plak..

8.30 pg

Ainey dah dalam LR duk katil no 4..doktor check bukaan..baru terbuka 4cm..Tapi sakitnya cam dah 10cm..huhu..doktor tu pecahkan air ketuban..terasa air panas suam mengalir kat celah kangkang..dlm masa yg sama mulut ainey duk baca doa nabi yunus tu…setiap kali rs sakit datang…ainey tarik nafas panjang…tp mmg x leh tahan sakitnya..rs cam nak menjerit jer…diaorg pasang alat ctg tu..lps sorang..sorang nurse dtg duk jamah perut ainey…diorag ckp..sakit x kuat sangat lagi ni…ya Allah…dia tak Nampak ke ainey ni, sampai nak tercabut besi penghadang katil tu ainey pegang.. dek kerana x tahan sgat…ainey suh nurse tu check sebab ainey dah rasa gesaan nk meneran..nurse tu ckp baru terbuka 5cm..ainey ckp..ainey dh tak boleh tahan dh,,rasa nk meneran ni..automatic bila sakit tu datang rasa terus nk meneran…nurse tu ckp..jgn teran lagi..dia suh tahan sambil tarik nafas…ah…tarik nafas ke hembus nafas ke..dah org kata x tahan..nak tahan cemana lagi..masa tu terlintas di kepala ainey…seriknya..ainey x moo beranak dah…huhu…

Dek kerana bukaan ainey lambat sgt..n doctor kata kesakitan ainey x cukup kuat..so diorang masukkan ubat..adeh..makin bertambah sakit yang ainey rasa..nurse suh mengiring..ainey kalu mengiring lagi ainey rasa sakit yang amat..dah x tahan sangat..ainey meraungla jgk ckp saya nk teran dah ni..nurse yg duk jaga kat situ..ckp lagi..awak x leh nak teran lagi..baru 5cm..lambat lagi..adeh..apa punya nurse la…datang la doctor lelaki…then dia seluk..dia ckp baru 6 cm…nurse yg ada kat situ siap tunjuk lagi gambar bulatan ukuran bukaan..dia ckp..awak baru terbuka 6cm..kalu nak teran kena 10cm….ainey sedaya upaya menahan utk meneran..tp dek kerana x tahan gak..ainey teran gak..doktor lelaki tu pun ckp jgn teran..nanti kepala anak awk bengkak..td masa dia check n masukkan sejenis alat yg berdawai n lekat kat kelapa baby, dia ckp kepala anak awak dh bengkak sebab awak teran…Ya Allah…mcm mana lagi ainey nak bertahan…last ainey mintak ubat tahan sakit nga misi tu..lepas cucuk kt bontot tu..lalok la sekejap…kesakitan masih terasa..tp ainey rasa cam nak tido jer…ms tu jam dah kul 12 tgh…bila ubat tahan sakit dah hilang kesan…ainey terasa balik gesaan nk meneran. Ainey pun start la meraung balik..riuh dlm LR tu..huhu..masa tu sudah hilang rasa malu ku..last2..nurse yg duk jg ainey tu..ckp..awak nak teran sgt..teran la…ainey pun apa lg…bila rs nak meneran..ainey teran…masa tu sorang pun x dak nurse yg duk tunggu ainey..mgkin diorg dh bosan kot ngan karenah ainey..n kebetulan plak..kat katil sebelah ada org nk beranak gak…

1.30 ptg

Ainey memanggil nurse…nk suh check bukaan..sedih sungguh ms tu..sorang nurse pun x dak..dtgla sorang ni..ngan muka cuak jer..ainey suh dia check sebab ainey ckp dh x tahan sgt da ni…bila dia check..dia ckp dh terbuka 9cm..ms tu baru la datang nurse-nurse n seorang doctor lelaki duk kembali kerumun ainey..ainey Tanya depa…boleh teran ke ni..dia ckp boleh teran..ainey apa lagi..masa tgh nk push tu suami ainey masuk..nasib baik suami buleh masuk tgk…ainey pegang kejap2 tangan suami..sambil tu ainey tarik nafas dalam2…then push..sekali push..x lepas..ainey pun rs cam nak tido plak..nurse n doctor tu bagi semangat suh push..masa tu tetiba rs gesaan nk meneran tu hilang..rasa cam nak tido plak..pas tu dh dtg rasa nk push sket…ainey teran lagi..sekuat hati…tp x lepas lagi..then..cuba ainey kali ketiga….sekuat2 hati..putus nafas pun ainey tahan..n sambung push balik..

Tepat jam 1.59 ptg..lahirlah MIFZAL ARSYAD….nurse yg sambut tu letak atas dada ainey…ainey nampak kepala baby ada alat yg doctor cucuk kt kepala Mifzal…alat tu cam skru je…terdengarla tangisan pertama Mifzal yang pertama..masa tu..hilang terus kesakitan yang ainey rasa sebelum tu…Ya Allah, ini lah anugerah yg terindah dari-MU…



Jom Kongsi!

Related Posts:

387 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments

  1. Pingback: Mula Menulis Kerana Anak

  2. Pingback: Anak Saudara Baru