Pencen & Bayaran Khas Untuk Pesara Dibayar Jumaat Ini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu ingatkan ibu je lum dapat bonus tp ada lg kakitangan agensi kerajaan lain yg belum mendapat bonus  mereka..huhu..nasib baik bonus abah dah masuk..tinggal bonus ibu je..mungkin lambat sbb ibu ni keje nga agensi kerajaan je bukan full gomen…

pakcik n makcik yang dah pencen pun belum dpt jugak lg..tp x pe…nnt hari jumaat leh la claim kat bank duit pencen nga bayaran khas tu..

KUALA LUMPUR: Pesara akan menerima bayaran pencen dan bayaran khas RM500 Jumaat ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Menurut Jabatan Perkhdimatan Awam (JPA), pesara yang dibayar pencen melalui Sistem Pembayaran Melalui Bank boleh menuntut pembayaran pencen mereka di bank-bank yang terbabit mulai Jumaat ini.
Sementara bayaran khas pesara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu iaitu sebanyak RM500 akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Dengan itu penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi Borang tuntutan pencen di kaunter bank, menurut kenyataan itu.

Pesara yang ingin maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Setempat di talian 03-88854906/4475/4476/4478/4479. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

ps : bila plak bonus ibu nak masuk ni? kata tengah bulan..huhu..cikgu cikgi dah masuk..mungkin yg jabatan lain pun dah masuk rasanya..yg agensi ni je lambat..bonus tu satu hal..satu hal lg..kenaikan tahunan ibu pun belum naik n dapat lagi..patut bulan April 2011 hari tu lg dah naik gaji….huhu..seksa gak ni..bahagian kewangan x buat kerja ke..or duit nak bayar x dak? yg peliknya..kawan2 ibu dapat plak..huhu

 988 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*