Pelajar Malaysia Mati Ditetak Di Indonesia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terkejut ibu dgr ringkasan berita utama di TV3 td mengenai seorang pelajar Malaysia mati ditetak di Surabaya, Indonesia.

image

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut Malaysia maut selepas ditetak di   lehernya oleh seorang penjenayah yang cuba melarikan motosikal miliknya   di rumah sewa di Malang, Jawa Timur, Indonesia, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam waktu Jawa Timur (8 malam   Malaysia), mangsa yang dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, 22, penuntut   tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Brawijaya, Malang, dekat   Surabaya, dipercayai parah akibat tetakan terbabit.

Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia di  Jakarta,  Ludinata Misnun ketika dihubungi, berkata mangsa sedang berehat  di  kediamannya sebelum terdengar bunyi bising di luar.

“Mangsa  kemudian meninjau ke luar rumahnya menerusi jendela sebelum  melihat  seorang lelaki tidak dikenali cuba melarikan motosikalnya.

“Dia menyergah lelaki berkenaan menyebabkan lelaki terbabit melarikan diri sebelum mangsa bertindak mengejarnya,” katanya.

Bagaimanapun,  suspek berkenaan gagal dijejaki menyebabkan mangsa  berpatah balik ke  kediamannya dan ketika sedang membuka topi keledar,  tiba-tiba lehernya  ditetak. Seorang rakan serumahnya yang menyedari kejadian terbabit  kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kes berkenaan.

ps : bahaya ada di mana-mana..

Posted from WordPress for Android

 1,236 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*