Pagi-Pagi Dah Baca Kisah Buang Bayi (Sigh)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

bukak Harian Metro online pagi ni..terus nampak berita pasal buang bayi..huhu..lagi..lagi..dan lagi….bila la nak insaf…dah x leh coontrol napsu setan tu..tolong la kawen….bulan2 puasa pun ada org buat kerja jahat….berzina dah satu hal..buang bayi lak satu hal..apsal lah x beringat dulu sblm terngadah..ibu agak ni tentu bayi masa sambutan tahun baru ni..haish…sigh..

baru je rs kes buang bayi hari tu..ni ada lagi..

SEGAMAT: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersahur terkejut apabila terdengar tangisan sebelum menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam kotak di depan sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Mohammad Taufik Kamaruddin, 21, dari Felda Selancar sedang memandu kereta apabila terdengar suara tangisan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata cuaca dingin menyebabkan Taufik menurunkan tingkap di sebelah pemandu dan tidak memasang pendingin udara kereta itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, Taufik yang memandu perlahan terdengar tangisan bayi lalu memberhentikan keretanya.

“Dia terlihat sebuah kotak di depan pasar raya berkenaan sebelum mendapati ada bayi perempuan di dalamnya yang masih bertali pusat selain tidak berpakaian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Menurut Anuar, Taufik membawa bayi berkenaan pulang ke kediamannya untuk dibersihkan dan dipakaikan baju.

Anuar berkata, Taufik tidak menghantar terus bayi ke hospital atau membuat laporan polis kerana bimbang dituduh membuang bayi berkenaan sebaliknya dia pergi ke IPD Segamat bersama bayi berkenaan untuk membuat laporan polis pada jam 7 pagi.

“Siasatan awal mendapati bayi berkulit sawo matang itu dipercayai Melayu dan seberat 2.7 kilogram,” katanya.

Bayi itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Hospital Segamat untuk rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro Online

huhu..sedih ibu baca…tergamak si ibu meninggalkan anaknya dalm kesejukkan malam tanpa dipakaikan baju..kita org tua pun sejuk ketar bila pagi2 gitu..ni sah kan budak kecik..hish…geram n mmg emosi sgt kalau ada kes2 gini..x mau pelihara….jgn dibuang..bagi je pada org yg nak..

ps: moga Allah..x turunkan bala kat kita semua..

 819 jumlah dibaca,  7 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*