Mifzal Arsyad Main Air


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

tgk la budak kecik nih..pantang nampak sinki..mula la dia buat projek dia..main air..bukak pili..tutup pili..sib baik x tersumbat sinki tuh..kalau x..dah banjir la umah..

pernah gak sekali sinki tu tersumbat..memula ibu x perasan mifzal men air..ingatkan bunyi air tu..bunyi air yg naik ke sinki..ibu pun buat x tau la memulanya….bila ibu ke ruang makan tetamu tuh..ibu nmpak la budak kecik tuh..duk main bukak tutup pili paip..air dah bertakung dah dlm sinki tu..nsb baik blm sempat melimpah..bola dia duk la terapung dlm sinki tuh..huhu..nak marah ada..nak tergelak pun ada…macam2 akal dia..

Aktiviti Hari Sabtu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


ari ni ari ahad..sempat lg la citer semalam yg dah ala2 nak basi tu..x ada apa sgt.cuma nak share aktiviti hari sabtu ibu…kira cuti hujung minggu ni mmg berjalan la ibu sekeluarga..

semlm..aktiviti ibu seorang diri je..sbb ibu outing x bawak abah n mifzal..bukan sesaja x mau ajak derang outing sekali..tetapi bersebab la..sebenarnya smlm ibu gi service kete..sbb kilometer pun dah mencecah 1000 km..sekejapan sahaja..bru seminggu pakai BKX tuh…ya la hari2 drive berpuluh2 km…ibu malas nak bawak mifzal sbb takut dia boring..tunggu nak service..pastu nak cuci keta lg..shopping lagi..bla..bla..bla.. eceh..shopping x pernah tinggal tuh..ala..window shopping je la..hehe

1st time ibu service keta bayar sket..selalu paling komen pun cecah gak RM100…tp kali ni..cuma RM17.80 je..hehe..murah kan…ya la murah..sbb after tolak nga voucher yg dpt masa beli keta ari tuh..hehe…

after service keta..time cuci keta plak..walaupun br seminggu pakai..tp BKX ibu tu sgt2 la berdebu n nmpak kotor..nak cuci sendiri mmg la dasar pemalas ibu ni..x per la..kuar RM8 ringgit..murah plak..selalu cuci luar dlm..kena paling tidak pun RM10..hehe..

:: dua gambar ni je yg sempat ambik..::

lepas cuci keta..lokasi terjahan ibu seterusnya ialah..RIAMODA & ECO STATION di Tg. Malim..tempat ni mmg terkenal nga kain2 pasang kan..so korang leh agak la apa yg ibu nak beli kat situ…

tp ibu x beli kain pasang..ibu beli baju kurung ready made..nak buat raya..huhu..nasib baik ada saiz..n masuk plak warna nga baju melayu abah n mifzal..sempat la sambar 2 psg baju kurung nga sehelai jubah..semua nya nak buat raya tuh..cukup la kot kan..

opss..gmbr baju x amik..nnt raya la br tgk..baju biasa jer..hehe..

dr pagi sampai petang..tu la aktiviti ibu..balik umah..mmg melepek..letih weh..dah la puasa..huhu..

Kakitangan Kerajaan Dapat ‘Duit Raya’

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri ‘Bantuan Khas Kewangan’ sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan akan mendapat durian runtuh ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

– MSTAR

ps : Alhamdulillah..lega sket rs…dpt gak duit raya dr “bos besar”…leh raya nga senyum lebar..hehe..jom abah..kita shopping baju raya..