Salam Perkenalan Dari Ibu & Baby Mifzal


Salam Perkenalan Dari Ibu & Baby Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Salam perkenalan dari ibu dan Baby Mifzal. Akhirnya, hasrat ibu untuk mempunyai sebuah blog untuk ibu curahkan segala berkongsi mengenai kisah ibu dan si comel, Baby Mifzal secaraΒ online tercapai. Saat Baby Mifzal lahir ke dunia, saat itu lah bermulanya kisah kami yang akan ibu coretnya di sini. Dengan harapan, apa yang dicoretkan di sini, dapat dijadikan kenangan indah di masa hadapan.
my baby boy

 

Baby Mifzal

Setelah bertarung selama 35 jam menahan kesakitan..akhirnya, lahirlah buah hati yang dinanti-nantikan selama ini. 9 bulan lebih dikandung, putera kesayangan ibu dan abah ini diberi nama Mifzal Arsyad yang bererti “Yang Mulia dan Kecerdasan“.

Pelbagai pengalaman manis semasa mengandungkan Baby Mifzal. Di awal kehamilan, ibu tidak terkecuali merasai morning sickness yang agak teruk selama 5 bulan. Dalam tempoh itu, 3 kali ibu dimasukkan ke hospital kerana Hiperemesis GravidarumΒ iaitu muntah yang berlebihan. Berbotol-botol air dimasukkan ke badan ibu. Tapi yang peliknya, bila ibu di hospital, tidak pula ibu mengalami muntah yang teruk. Elok sahaja, kadang itu tidak muntah pun masa berada di hospital. Terpikir ibu, anak ibu ni, suka bau hospital ke? Hehe…Walaupun mengalami alahan yang teruk, tapi percayalah, itu antara kenangan terindah mengandungkan Baby Mifzal.

Baca Lagi