Baju Raya Untuk Baby Mifzal


Baju Raya Untuk Baby Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tak lama lagi hari raya puasa akan menjelang. Wah! tak sabarnya ibu nak menyambut hari raya bersama Baby Mifzal dan Abah Mifzal. Ini merupakan hari raya pertama kami bersama. Ibu sangat teruja. Raya kali ini, ibu akan beraya di kampung halaman ibu, Kelantan pada hari raya pertama.ย Kerana teruja, awal juga ibu beli baju raya Baby Mifzal. Tema kami pada raya ini adalah warna maroon. Ibu sangat sukakan warna ini. Ia juga tema warna majlis perkahwinan ibu…hehe.ย Jom kita tengok Baby Mifzal bergaya dengan baju rayanya.

Baju Raya Untuk Baby Mifzal

Susah juga nak cari saiz yang muat. Sebab tak banyak pilihan untuk umur bayi sebegini. Biasa ramai yang tempah kan. Ibu malas nak tempah, kebetulan jumpa yang sama saiz dan warna yang kami nak, apa lagi, grab aja lah. Baju bayi pun boleh tahan harganya. Mungkin sebab rumit untuk dijahit kot sebab saiz yang kecik.

Baca Lagi



Baby Mifzal ketika Usia 3 Minggu

Mifzal ketika Usia 3 Minggu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu nak kongsikan gambar kesayangan ibu. Baru ย berusia 3 minggu. Cepat masa berlalu, tidak sedar dah 3 minggu ibu bersalinkan si comel, Baby Mifzal. Mifzal anak yang baik, tak banyak ragam pun. Susah nak dengan ย dengar dia nangis, kadang-kadang tu, ibu saja mengusik. Saja nak dengar suara tangis Mifzal, tapi usik-usik manja sahaja hehe.

Baby Mifzal ketika Usia 3 Minggu

Tak sampai sebulan berat Baby Mifzal dah terasa naik. Lebih 4.0 kg rasanya dah ni. Masa lahir tempoh hari, berat Baby Mifzal, 3.29 kg. Kuat menyusu, cepat lah berat naikkan.

Baca Lagi

Pengalaman Bersalin : My Lovely Son, Mifzal

Pengalaman Bersalin : My Lovely Son, Mifzal

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

To my best friend, Ziela…happy reading…ini la pengalaman bersalin aku yang tak mungkin aku lupakan..

26 FEBRUARI 2008

Hari ini sudah masuk 6 hari ainey overdue. Tapi tanda-tanda nak bersalin belum muncul lagi. Kalau diikutkan memang dah tak sabar nak melahirkan anak dalam kandungan ini. Tapi, masa belum sampai. Ainey bu dah terbayangkan yang ainey bu kena induce pada 2 Mac nanti, kalau ainey bu masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Pasrah saja lah..Rutin harian hari ini ainey bu teruskan seperti biasa sambil melayari forum Mengandung.com. Ramai kawan-kawan di Mengandung. Com tertanya-tanya bila la ainey nak bersalin ni..huhu..

27 FEBRUARI 2008

4.00 Pagi

Baca Lagi