Drama Mahabbah Di Slot Samarinda TV3


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

rasanya masih belum terlambat untuk kongsikan drama terbaru di slot samarinda TV3 yang menggantikan drama Pelangi Kasih sebelum ini..

Tayangannya bermula semalam iaitu pada 27 Mac 2012. Drama ini dibintangi oleh Nur Fathia, Azlee Khairi, Dato Jalaluddin Hasan, Aida Aris, Anzalna, Fazlina Ahmad Daud dan pelakon Vanila Coklat Aiman Hakim Redza.

Sinopsis Drama Mahabbah

Drama Mahabbah mengisahkan seorang gadis (lakonan Nur Fathia) yang bekerja di sebuah butik, telah jatuh cinta dengan seorang pemuda (lakonan Azlee Khairi). Namun percintaan mereka telah dihalang oleh keluarga Azlee yang mempunyai syarikat perniagaan terkenal.

Walaupun mendapat tentangan dari keluarga, perhubungan mereka berakhir juga dengan perkahwinan sehingga mereka mendapat seorang cahaya mata. Persoalannya, adakah perkahwinan mereka akan berkekalan? Atau Azlee meninggalkan Nur Fathia kerana mengikut kata-kata ibu bapanya?.

sumber : Syaisya.com

ps : korang dah tgk ke? ibu belum lg..so x leh lg nak bagi komen..hehe



Tips Perjalanan Jauh Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

sure ramai yg dah balik kampung kan sempena cuti raya cina ni..x pe la..ibu nak share gak mengenai tips penjalanan jauh bg ibu yg mengandung…

ibu mengandung

gambar hiasan : ketika pregnantkan Mifzal Arsyad..masa ni dah 6 bulan rsnya…

Bagi ibu mengandung yang hendak melakukan perjalanan jauh, beberapa faktor penting harus di ambil kira bagi memastikan keselamatan dan keselesaan diri serta bayi di dalam kandungannya. Antara faktor yang perlu di pertimbangakan ialah:-

Baca Lagi

Al-Fatihah : Izwan Pilus Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Al-Fatihah dan takziah diucapkan kepada keluarga selebriti Izwan Pilus yang telah pulang ke rahmatullah akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada petang td.

semoga roh arwah dicucuri rahmat

ps : lama x nmpak arwah izwan pilus kt tv seblm ni..