My Name Is Tomomi?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


“Ohayo Gozaimasu…genki desuka? atashiwa genki desu. atashiwa onama e wa tomomi desu…”

(Terjemahan : ” Selamat Pagi (alamak..dah tengahari..pagi pebendanya…) apa khabar? saya baik, nama saya tomomi “)

hehe..ingat lg ibu sket2 ckp bahasa jepun ni..ingat skill dah hilang dah..ya la..lama dah belajar nihonggo ni..tahun 2003..kalau x silap..itu pun elementry level je..nak sambung tp sensei Tamami pulak tukar..sensei lain x best..hehe..sbb ckp melayunya kurang jelas..

ok..ibu nak tunjuk ni sebenarnya

ada applikasi kt Facebook pasal nama jepun kita n maksudnya..kalau nak try klik link bawah ni..

http://apps.facebook.com/whatsyourjap_lnvaxv/?retake=1

” atashiwa onama e wa Tomomi desu..anatano onama e wa nan desu ka?”

(“nama saya Tomomi, nama awak apa?”)



Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


tahun baru sudah menjelma..2011 dinanti dgn penuh keazaman..2010 tinggal kenangan..

“Selamat Tahun Baru 2011”


Azam tahun baru ?

ok..sebelum tuh..ibu nak imbau balik azam tahun 2010 ibu yang lalu..tercapaikah?

* Jadi isteri yang terbaik untuk Abah Mifzal – sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada
* Jadi ibu yang terbaik untuk Mifzal Arsyad – sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada
* Nak jadi rajin dalam apa jua hal – 50% kot baru..sbb kadang2 rajin..kdg2 x..hehe
* Nak cemerlang dalam kerjaya – menghampiri bila mana markah SKT adalah cemerlang & PTK juga ada yg cemerlang
* Nak sambung belajar – alhamdulillah..tercapai pd penghujung tahun 2010..n 2011 start masuk kelas
* Nak beli rumah – dalam proses pembelian
* Nak beli kereta – dah tercapai bila BKX menjadi milik ibu…

alhamdulillah..syukur…ibu rasa azam tahun lepas banyak yang dah tercapai…so lepas ni..ibu nak fokuskan pada azam tahun 2011 pula..

Azam tahun ini….!!!

* Nak jadi insan yang solehah
* Jadi isteri yang terbaik untuk Abah Mifzal
* Jadi ibu yang terbaik untuk Mifzal Arsyad
* Nak jadi rajin dalam apa jua hal
* Nak cemerlang dalam kerjaya
* Nak cemerlang dalam pelajaran
* Nak kembangkan bisnes
* Nak…..

amboi….banyaknya nak..hehe…insya Allah..semoga tercapai semuanya..

namun yang sgt-sgt diharapkan ialah..tahun 2010 ini, kami sekeluarga dilimpahkan rezeki..mendapat kesihatan yang baik..dijauhkan dari dugaan yang x mampu kami hadapi..dan sentiasa berbahagia..

ps : apa azam tahun baru kengkawan?

Alhamdulillah..

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


perasaan ibu sekarang berbelah bahagi…gembira ada, risau ada, gementar ada, seronok pun ada…

setelah hampir 6 tahun meninggalkan zaman belajar yang banyak sangat suka dukanya..akhirnya ibu akan kembali lagi ke zaman itu untuk mengejar impian baru..

alhamdulillah..ibu telah diterima masuk untuk mengikuti Pengajian Luar Kampus (PLK) di Universiti Utara Malaysia (UUM)

jawapan kepada permohonan ibu sebulan lepas sudah ibu terima tengahari tadi.

syukur kerana ibu masih diberi peluang untuk memajukan diri…insya Allah..peluang ini ibu tak akan persiakan..

doakan kejayaan ibu ya..untuk mengenggam segulung ijazah….