Nasi Berlauk Air Dingin Husna @ Tapah


(Nasi Berlauk Air Dingin Husna @ Tapah)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah..akhirnya dapat juga Ibu merasa kelazatan Nasi Berlauk Air Dingin yang sangat-sangat popular di Kelantan walaupun ketika ini tidak berada di Kelantan. Makanan kegemaran yang pasti dicari bila balik kampung Ibu. Ingat hanya dapat makan ketika balik kampung sahaja. Mujur lah, Team Hijau #NasiBerlaukAirDinginHusna dah sampai ke Tapah. Boleh lah Ibu membelinya setiap hari.

Nasi Berlauk Air Dingin Husna @ Tapah

Sebelum ini hanya melihat di facebook sahaja promosi #NasiBerlaukAirDinginHusna sama ada Team Hijau (Northen Region) mahupun Team Kuning (Central Region). Oppss..lupa…yang mana tak tahu pasal #NasiBerlaukAirDinginHusna ini kan…. kalau kawan-kawan pernah dengan nasi berlauk yang famous kat kelantan yang naik kapal terbang untuk dipasarkan di luar Kelantan..ini lah nasi berlauknya 😀

Sebenarnya baru seminggu ejen #NasiBerlaukAirDinginHusna berniaga di Tapah.   Kebetulan pula dekat sangat dengan pejabat Ibu. Memang ulang hari-hari lah pergi beli. Kira macam jadi sarapan wajib lah seminggu ini. Harga #NasiBerlaukAirDinginHusna agak mahal berbanding harga asal. Kalau di Kelantan hanya dijual dengan harga RM2.00 – RM3.00 sebungkus (bergantung pada lokasi) tetapi di luar kelantan harganya dijual diantara RM5.00 ke RM5.50 sebungkus (bergantung pada jenis lauk). Bukan nasi belauk ikan sahaja, nasi berlauk ayam gulai, ayam pedas, daging kerutuk, daging goreng, nasi kerabu royal dan nasi dagang juga ada dijual. Di samping itu kuih muih seperti pulut pagi dan nasi impit sambal kelapa turut dijual.

gambar nasi berlauk air dingin yang famous

Wah!!! puas hati betul dapat makan makanan yang digemari. Bertahun bermastautin di sini masih belum ketemu makanan yang betul-betul kena dengan selera tekak Ibu. Ya! Ibu memang agak cerewat kalau bab makan ini. Tapi tak adalah sampai tak makan langsung makanan yang ada..cuma kepuasan dan kenikmatan tu agak kurang lah..hehe tapi yang sebenarnya janji perut kenyang kan…:p.



Jom Kongsi!

Related Posts:

698 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments