Mood Berblogging Kebelakangan Ini


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

kebelakangan ini, mood berblogging ibu macam ke laut je…x de mood nak update blog..jika update pun sbb rs terpaksa n syg kan trafic yg pernah tinggi suatu ketika dulu dan 5 buffered earning yg tengah running skang ni..sayang sungguh jika trafic kurang sbb bila trafic kencang..blog ni pernah menjana lebih RM300 bg satu buffered earning..bila trafic kurang..nak dptkan RM50 bg satu BE pun susah.

domain Keluarga-Mifzal-Arsyad.Com pun baru semalam renew..ibu agak trafic jd kurang sbb domain dah nak expired kot..so kena tgk la..bila dah renew ni..adakah trafic kembali naik? hehe..tp tanpa entry SEO rsnya susah jugak nak naik…nak buat entry SEO rasanya kena ada mood jugak…huhu

kesihatan ibu kebelakangan ini juga berkurangan..dan 3 hari kena demam selesema..hari ini ibu MC, smlm ibu masih berkerja sbb kena attend taklimat SBPA di Simpang Pulai..dengan badan x sihat tapi digagahkan jugak sbb excited nak tahu apa itu SBPA sebenarnya, namun ibu kecewa sbb penerangan n slidenya sama je nga yg ibu pernah postkan dlm entry tentang SBPA sebelum ni…bila fikir pasal SBPA ni..tak pasti nak terima atau x..ibu rasa mcm byk yg x bagus dr yg bagus..yg bagus cuma kenaikan gaji yg x seberapa..dgrnya ada yg x sampai 7% pun seperti yg diumumkan oleh PM masa Bajet 2012..ini seperti tidak menepati janjilah…Lampiran C (jadual gaji sebaris) pun masih belum diedarkan. kononnya bgtau akan diedarkan bersama borang opsyen tp menurut pemberi taklimat semlam..lampiran C tidak akan diberikan..if nak tau berapa gaji masa SBPA..telefn bahagian pengurusan sumber manusia..aduhai..kalau 2000 kakitangan menelefon..larat ke nak layan dlm masa yg singkat..haish…rs nya mmg byk yg x puas hati dlm skim baru ni..cuepacs pun suruh jgn sign dulu…skang ni rs tersepit jugak, sbb nakkan kenaikkan gaji tp syarat2 dlm SBPA semakin ketat…amat merisaukan..terutamanya dasar exit policy..ok la malas dah nak cerita pasal SBPA ni sbb pada ibu indah khabar dr rupa…huhu

petang smalam juga masa ambil Mifzal Arsyad dari Taska Permata, ibu dimaklumkan yg Mifzal Arsyad dah x layak masuk ke Taska Permata w/pun umurnya baru nak masuk 4 tahun sbb gaji kasar ibu dan abah Mifzal dah lebih dr RM3000. cikgu2 taska ckp derang cuba tolong tp sbb byk permohonan yg lebih layak utk tahun depan..so derang terpaksa buat penyisihan la..yg x layak tu kena la keluar…ibu tak tau la berapa org budak yg kena keluar, bila ditanya..cikgunya bgtau adalah beberapa org…tp kalau tgk..mmg ramai ibu bapa yg berpendapatn tinggi sbb ada yg pakai kereta nissan Teana pun ada…sure gajinya x main la takat ribu2 ni ya dak..apa pun…ibu redha je la..sbb mmg dah prepare, ms apply dulu pun gamble je..kot2 la ada kekosongan kan..tahun ni belum ramai yg memohon..tp utk kemasukkan 2012 dah ramai sbb ramai ibu bapa dah tahu…ya la..yuran free sapa x nak hantar anak ke Taska Permata di samping modul pengajaran dan pembelajaran yg baik kan.. ada yg ibu x berkerja pun hantar jugak anak ke Taska Permata w/pun  kalau diikutkan boleh je jaga anak tu kat rumahkan sbb kos sama je free jugak..hehe…tp ya lah..pendidikan dirumah mungkin tidak seformal pendidikan di Taska Permata ini.

ok lah..cam panjang lak menulis..nak rehat jab..sambung nanti 🙂

ps : harap hati ni kesihatan bertambah baik.



Jom Kongsi!

Related Posts:

232 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments