Mood Belajar & Kerja

Risaunya hati bila memikirkan study ibu ini. Mood belajar entah ke mana menghilang. Mood malas sahaja yang muncul. Minggu depan ibu ada kelas, ada 2 assignment yang perlu dihantar, ada kuiz dan ada peperiksaan pertengahan semester. Aduhai, kecut perut. Tiada apa-apa persediaan langsung yang ibu buat.

Sumber Gambar Hiasan : Google

Semester Januari ini tidak ibu rasakan seperti semester-semester sebelumnya. Bukan tidak kisahkan study tetapi seperti tidak larat rasanya nak menghalang perasaan malas itu datang bertandang.

Mood Belajar & Kerja

Kadang-kadang rasa seperti jemu pula. Aduhai, berat juga cabaran belajar di usia yang semakin meningkat ini. Bukan halangan luar tetapi halangan dalaman..halangan diri sendiri.

Kerja di pejabat pula sebenarnya tidak lah sesibuk mana. Tetapi silap ibu juga, suka bertangguh kerja. Kerja jadi bertimbun. Pada ibu, membuat kerja last minute lebih mencabar dan seolah mendesak ibu melakukannya dengan pantas. Mujur ibu berkerja dengan seorang boss yang memahami cara kerja ibu.

Sabtu ini terpaksa berkerja lebih masa pula. Kerja mengiringi peserta ke sesuatu program sememangnya tidak ibu gemari, tambahan pula di hujung minggu. Tetapi, bila jadi pekerja “Yang menurut perintah”, ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Tidak sabar pula ingin menghabiskan pelajaran ibu ini. Ya! tidak sabar untuk memohon bertukar kerjaya.

Oh!! Mood belajar dan kerja yang ke laut 🙁

ps : Mifzal demam, batuk dan selesema. Lekaslah sembuh anak kesayangan ibu. 

 1,030 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

13 Comments

  1. Mungkin passion takda?

    Ibu Mifzal tulis: “mood blogging ada plak”..
    maknanya blogginglah perkara yang terbaik untuk Ibu Mifzal. mungkin..

    Saya nak kongsikan satu quote dari Steve Jobs –

    “You’ve got to find what you love.”

    =)

  2. rajinnya ibu mifzal sambung blajar…

    sebenarnya itu pun impian sy, tp mungkin sy x sekuat semangat ibu mifzal…

    apapun, semoga selamat habiskan study ye 😉

  3. semangat mari lah datang, kalau dah byk sangat nak difikir mmg serabut kepala kan ainey, takpe relax dahulukan mana sepatutnya, buat boboi mg cpt sihat

  4. uhuhuhuh sabo la yew…. rs cm masa sgt pack kan …

    tu yg daku ni x smbung2 study dh , lg plak now dh 2 anak .. rs cm cpt sgt masa berlalu smp kdng2 xde kualiti time dgn family yg ptning daku bkn seorg yg workaholic yew

  5. Moga Ibu Mifzal kuat semangat utk teruskan belajar.

    Bab halangan dalaman tu jugak mungkin menyebabkan ambe belum sedia utk sambung belajar. Cita2 mmg ada =)

    Selamat berjaya yer

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*