Mari Mengenal SEO (Search Engine Optimization)


Asslamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ibu mmg baru dgn enviroment SEO ni even dah hampir 3 tahun berblog…so sebab ibu x berapa paham ttg SEO ni..so ibu pun google la pasal SEO ni..terjumpa lak blog Tutorial Untuk Blog. Ada plak diterangkan Apa Itu SEO?..so ibu pun baca n nak share gak la nga kengkawan.. 🙂

Bagi blogger baru, mungkin masih tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni admin akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini.:)

Apa itu SEO.

– SEO adalah ringkasan kepada Search Engine Optimization. Kalau bahasa mudahnya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, yahoo, bing dan lain².

Apa tujuan SEO.

-Tujuan utama SEO bagi seorang blogger yang menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine. Kemudian baru berkaitan dengan pagerank, eaning dan sebagainya. Tetapi tujuan utama adalah trafik dari search engine.

Perlu ke SEO pada blogging.

– Pada blogger yang pentingkan trafik untuk ke blog mereka, YA.
Dan paling kurang tahu basic² utama dalam SEO ini.
– Bagi blogger yang berblogging sekadar diari, mengisi masa lapang, atau berblogging sekadar ada blog, SEO tidak begitu penting.

Banyak ke teknik SEO ini.

-Ya, ada banyak teknik SEO.
Admin akan terangkan dalam post-post lain selepas ini.

Kalau buat SEO ni konfirm berjaya ke.?

– Admin tidak boleh kata konfirm. Tetapi bagi sesiapa yang menggunakan dan mencubanya boleh dikatakan akan menampakkan hasilnya.

Contoh hasil SEO.?

Ini admin ambil dari blog admin satu lagi, unwanted86.blogspot.com. Berkaitan bulan ramadhan, so target SEO admin berkaitan ramadan. Gambar di bawah contoh trafik hasil SEO.

Ada beza ke SEO dan SERP.

Yup berbeza.
SEO – Search Engine Optimizationn – Lebih kepada teknik
SERP – Search Engine Results Page – Kedudukan dalam search engine. (kurang glamour:)

Perkaitan keduanya.?

Power SEO, akan power SERP.
Boleh kata SEO adalah usaha, SERP adalah hasil.:)

So, apa tekniknya.?

– nanti admin akan bagitahu dalam next entri. Ini kan baru pengenalan.:)

Sumber : Tutorial Untuk Blog

ps : ibu kena belajar lagi ni pasal SEO.. 🙂



Jom Kongsi!

Related Posts:

182 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments

  1. Pingback: SEO Blog Keluarga Mifzal Arsyad™ Score 81% ?