Mandi Manda Di Teluk Batik


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama rasa tak berceloteh di sini. Rindu, tapi mood malas nak buka blog. Akhir-akhir ini, mood berblogging memang ke laut. Jadi kena la ke laut, ย nak pergi kutip semula mood yang hilang itu. Hehe.ย Hari Sabtu, kami sekeluarga ke Teluk Batik, Lumut. Mandi manda di situ. Perancangan di saat akhir. Mula-mula nak ke Pulau Pangkor. Tetapi si kecil ibu, tak nak naik boat (feri). Takut katanya. Hehe.

pantai teluk batik, lumut

Jujurnya, selama 5 tahun bermastautin di Negeri Perak ini, baru pertama kali menjejakkan kaki ke Teluk Batik ini. Ke Lumut sudah 3 kali rasanya. Tetapi tak singgah ke sini. Ya lah, pergi ke Lumut dulu atas urusan kerja, mana sempat nak berpoya-poya :p.

mandi di pantai

Seronok Mifzal Arsyad dapat mandi pantai. Pengalaman pertama mandi pantai ni. Sebelum ini, asyik mandi air tawar je, merasa juga mandi air masin pula. Ibu tak mandi manda pun. Mood malas lagi. hehe. Tengok Abah Mifzal dan Mifzal Arsyad berseronok mandi pantai dari jauh sahaja. Angin pantai buat ibu rasa mengantuk saja.

pantai teluk batik

Sementara menunggu mereka puas bermandi manda, ibu asyik duk ulang beli ais krim. Cuaca panas. Sudah tidak hirau tekak yang sakit. Makan ais krim, niat buat ubat sakit tekak..aci tak? hehe

ais krim pantai teluk batik

Dah puas mandi, kami menginap di Lumut semalaman. Malam Sabtu itu, ada perlawanan bola antara pasukan Perak menentang pasukan Johor Darul Takzim di Stadium Pengkalan TLDM, Lumut. Sudah pasti tidak akan ketinggalan untuk turut serta ๐Ÿ˜€



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
345 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


14 Comments