Mandi Manda Di Hot Spring Sungai Klah (TRAP)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hot Spring (TRAP) Sungai Klah

Dah lama nak tulis entri ini, tapi selalu tangguhkan dulu. Kira cerita pun dah agak basi dah. Tapi, sebagai blogger, ibu mesti nak juga kongsi kat blog sebagai kenangan…hehe. Kejadian ini dah lama dah. Di hujung bulan Oktober 2012. Dah lama peram, baru sekarang ada masa nak buat entri. :p

ready ke hot spring sg klah

Mifzal Arsyad (Boboy) memang sangat teruja bila diajak untuk mandi manda. Mujur lah ada tempat mandi manda yang berdekatan dengan rumah. Kalau jauh, susah jugak nak bawa selalu.

Hot spring sg klah

Hot Spring Sungai Klah atau Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) ini berdekatan sahaja dengan rumah ibu. Jaraknya hanya 15 km sahaja. Walaupun dekat, masih boleh dibilang dengan jari berapa kali ibu bawa Boboy ke sini. Al maklumlah, ibu selalu kesibukan πŸ˜€

Hot Spring (TRAP) Sg. Klah

Seronok melihat Boboy dan Abah Mifzal berendam. Ibu seperti biasa, tukang ambil gambar je. Di Hot Spring Sungai Klah ini, ibu agak kurang gemar mandi manda di sana kerana pengunjungnya yang ramai.

Berendam Di Hot Spring

Jenuh memujuk dak Boboy ini balik. Dah lama berendam pun tak puas lagi. Sebenarnya, Hot Spring Sungai Klah ini, lebih dikenali dengan kolam air panasnya, tapi, kami sekeluarga biasanya, jarang ke kawasan air panas. Selalunya, kolam air sejuk ini sahaja jadi tumpuan.

Bestnya Mandi Manda

Posted from My Samsung Galaxy Note

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

179 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


7 Comments