Macam-Macam Kisah : Wanita Lari Ikut Kekasih Beraya Di Nepal


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

hmm..mmg menggelengkan kepala ibu bila baca kes2 begini..kesiannya kat mak ayah wanita ni..bila mana akal yg dianugerahkan Allah tidak digunakan sebetulnya dan tunduk pada nafsu..gini la jadi nya…apa yg best sgt beraya kat Nepal tuh..pelik betul la..ini la yg dikatakan cinta itu buta…

semua org pernah bercinta tp jadikan ilmu agama tu sebagai pendinding dari buat benda2 yg x elok..pastu menyusahkan hati mak ayah je..huhu

KULIM: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak-saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya.

Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani.

“Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu.

“Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya.

Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan.

“Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang.

“Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.

Sumber : Harian Metro

dah la nak raya skang ni..kesian kat mak ayahnya…perempuan ni dah akil baligh patut tahu bezakan yg mana betul yg mana salah..kalau ibu bapa larang tu..tentu ada sebabnya..kenapa diikutkan hati muda..bukan apa..masa bercinta mmg x nampak..tp bila dah duk bersama baru tahu langit tu tinggi or rendah..dah banyak dah kes kan…macam ni…patut dijadikan iktibar..nanti bukan susahkan mak bapak je..byk pihak akan susah bila dah tau azab duk kat negara org mula la merayu2 nak balik cam kes gadis lari ke lombok or sebagainya..sebelum buat x nak pikir gini la jadinya…

mmg la x dinafikan ada jgk kes lari sbb dipukau or diguna2 tp mungkin kes terpencil…entah lah..x tau dah nak komen…kan org ckp ibu ni suka condem je..huhu

ps : mmg susah nak jaga anak di zaman millenium ni..mcm2 hala yg buat ibu bapa susah hati…semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak2 ibu.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
227 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge