Lok Cin @ Sosej Ayam Tak Halal?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tak habis lagi dengan kisah Butter Golden Churn ada DNA Babi..n then terbaca plak  berita mengenai “Lok Cin” tak halal yang mmg buat ibu terkejut sbb ibu mmg peminat Lokcing….huhuhu..eh…Lok Cin @ Lokcing? benda sama ke?

ALOR SETAR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan umat Islam khususnya di Kedah dan Perlis supaya tidak membeli sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual meluas di kedua-dua negeri itu.

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya haram.
Perkara itu selaras kesahihan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Perlis mengenai sosej ayam dicampur pulut, selain kepingan ayam tanpa jenama dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru; Perlis, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Katanya, JAKIM akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memantau kemasukan berleluasa produk sejuk beku dari Thailand yang diragui status halalnya.

“Mengikut maklumat diterima daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk yang disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran agensi berwajib termasuk Bahagian Hab Halal JAKIM.

“Justeru, kita juga menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini, termasuk tidak mengetahui kandungan produk yang dibawa dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya, termasuk di bazar Ramadan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, JKN Perlis mengesahkan kedua-dua produk itu disahkan mengandungi DNA babi.
Dua produk itu yang turut menjadi bahan utama dalam menu Yong Tau Foo dan sosej bakar yang banyak dijual di gerai tepi jalan sekitar Sungai Bahru, turut dihantar untuk pasaran Perlis dan Kedah.

Pengesahan itu dibuat hasil keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan JKN Perlis di sekitar Sungai Bahru, yang mana dua daripadanya disahkan mengandungi bahan terbabit.

Sumber : Berita Harian

Kalau di Kedah & Perlis Lok Cin tuh merujuk kepada Sosej Pulut atau Kek Ayam tp kalau kat Kelantan Lokcing pulak adalah bebola ikan bakar…lokcing mmg la kegemaran ibu..kalau balik kampung sure kena cari n makan…kalau x teringat2…gambar bawah ni adalah gambar lokcing @ bebola ikan bakar..beza kan..kan..kan..

:: pic credit to tulisblog

ps : hope lokcing @ bebola ikan bakar ni x de la campuran benda2 haram tuh…kalau ada..telan air liur je la..huhu



Jom Kongsi!

Related Posts:

359 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


3 Comments

  1. ana

    kalau kita raasa was2 jgn makan. sbb kt siam kita tak tahu sape pengilangnya, sbb makanan yg diragui akan mempengaruhi ibadah kita pd Allah SWT. Byk lagi makanan yg sah2 halal.

  2. lol

    Rasanya bebola ikan bakar pun dipanggil lok cin di perlis, begitu juga dengan sosej pulut/ayam tu.

    Tapi lok cin nie sebenarnya berasal darimana?ape asal-usul nama lok cin nie? ejaan sebenar lok cin atau lok cing??